Liverpool menjamu kunjungan Porto di Anfield untuk aksi kelima peringkat kumpulan Liga Juara Juara Eropah. Dengan skuad bimbingan Jurgen Klopp sudah mengesahkan kemaraan mereka sebelum ini.

Liverpool masih segar daripada kemenangan penting 4-0 ke atas Arsenal di Anfield dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Klopp memberikan debut eropah kepada Tyler Morton, pemain muda berusia 19 tahun yang menjadi cameo dalam aksi berdepan Arsenal.

Porto tampil dengan aksi lebih baik dari segi serangan dan kreativiti pada separuh masa pertama.

Pada minit ke-12, peluang keemasan milik Porto, berpunca daripada serangan balas. Otavio berada dalam kedudukan 1 lawan 1 dengan Alisson.

Namun malangnya pemain itu tersepak bola tersasar. Dia mendakwa dia dijatuhkan oleh Kostas Tsimikas di dalam kotak penalti. Namun VAR menyatakan sebaliknya.

Porto mendapat peluang sekali lagi pada minit ke-32, juga menerusi Otavio. Dan sekali lagi dia merembat tak tepat.

Liverpool hampir di hadapan menerusi Sadio Mane pada minit ke-37. Tetapi VAR membatalkan gol tersebut kerana ofsaid.

Porto mendapat satu lagi peluang keemasan daripada serangan balas, namun hantaran Diaz agak teruk. Separuh masa pertama berakhir dengan 0-0.

Pada separuh masa kedua, Porto menjadi pasukan pertama yang menjejakkan kaki ke kawasan serangan. Cerita hampir sama dengan separuh masa pertama, Porto kekurangan ketajaman di zon serangan.

Sebaliknya Liverpool di hadapan menerusi Thiago Alcantara pada minit ke-52. Di mana pemain antarabangsa Sepanyol itu melakukan rembatan deras mendatar dari luar kotak penalti menewaskan Diogo Costa.

https://twitter.com/ESPNFC/status/1463618216329162762

Pada minit ke-70, Liverpool menambah 1 lagi gol. Kali ini menerusi – siapa lagi ? – kalau bukan Mohamed Salah.

Salah menerima bola daripada Jordan Henderson dan dengan licik mengacah pertahanan lawan sehingga terjatuh. Salah menggunakan kesempatan yang ada untuk membidik gol di near post.

Salah kini sudah menjaringkan 17 gol daripada 17 perlawanan untuk Liverpool.

Dan itu adalah sumbangan terakhirnya dalam perlawanan ini sebelum dikeluarkan.

Takumi Minamino hampa apabila golnya dibatalkan kerana ofsaid.

Divock Origi hampir memberikan penalti untuk Liverpool. Namun VAR mengesahkan kekasaran itu di luar kotak penalti.

Tamat perlawanan Liverpool 2 Porto 0.

Liverpool merekodkan 5 kemenangan daripada 5 perlawanan UCL setakat ini.