Cristiano Ronaldo terus menjadi penyelamat Man United selepas beberapa kali melakukannya musim ini.

Dalam aksi Liga Juara Juara Eropah berhadapan dengan Atalanta, Red Devils ketinggalan dua kali pada awal setiap babak.

Dan dua kali juga Ronaldo menjaringkan gol penyamaan pada lewat babak pertama dan kedua.

United berkunjung ke Itali untuk aksi keempat peringkat kumpulan. Seperti yang dijangka, Man United akan diberikan tentangan yang cukup sengit oleh Atalanta.

Skuad bimbingan Gian Piero Gasperini itu mendahului menerusi Ilicic pada minit ke-12.

Namun sebelum wisel rehat Man United menyamakan kedudukan menerusi Cristiano Ronaldo yang menerima hantaran back heel daripada Bruno Fernandes.

Pada separuh masa kedua, penyerang sensasi Atalanta, Duvan Zapata berjaya melepasi perangkap ofsaid untuk mengatasi Harry Maguire dan kemudian merembat masuk bola.

VAR diperlukan untuk mengesahkan gol tersebut. Dan ianya diberikan pengadil.

Atalanta melakukan beberapa siri serangan. Eric Baily beraksi cemerlang dalam aksi kali ini. Melakukan beberapa hadangan penting untuk pasukannya.

Ketika Atalanta berkira kira mahu meraikan 3 mata berharga, Cristiano Ronaldo tampil dengan voli yang cantik.

Segalanya bermula apabila pelaku pergelutan di dalam kawasan ke Atalanta. Mason Greenwood berjaya mencungkil bola kepada Ronaldo. Dan pemain berusia 36 tahun itu merembat deras untum menyamakan kedudukan.

Donny Van De Beek turut berpeluang menjaring gol dan hampir menjaringkan gol kemenangan. Namun percubaannya ditepis penjaga gol Atalanta.

Tamat perlawanan Atalanta 2 United 2.