Jika anda ingat, selepas undian dibuat, Real Madrid dan Inter Milan dicanang tidak akan berdepan masalah untuk mara daripada kumpulan B.

Namun ternyata telahan itu tidak tepat sama sekali. Malah salah satu atau kedua dua pasukan ini berada dalam landasan untuk tersingkir.

Inter Milan akan bergantung kepada perlawanan melibatkan Real Madrid dan Mochengladbach menang dalam aksi itu, di samping Inter sendiri perlu menang besar.

Matematiknya serba rumit buat Inter. Namun untuk Real Madrid mereka dalam situasi lebih baik kerana mereka wajib menang untuk mara.

mj

Dalam aksi kunjungan Real Madrid ke Shakhtar Donetsk, pasukan gergasi Sepanyol itu dikejutkan dengan kekalahan kedua mereka musim ini dalam saingan UCL.

Bertempat di NSC Olympiyskiy, Real Madrid terpaksa akur dengan kehebatan tuan rumah.

Real Madrid hampir membuka tirai jaringan pada minit ke-5 perlawanan. Ini selepas aksi solo Karim Benzema yang menewaskan pertahanan, lalu melorongkan bola kepadaMarco Asensio.

Tetapi sayangnya, rembatan Asensio dari jarak dekat terkena tiang dan hanya menghasilkan sepakan gol untuk Shakhtar.

Real Madrid mendapat peluang lagi pada minit ke-11. Benzema menguji gawang lawan dan memaksa penjaga gol Shakhtar, Anatoliy Trubin dengan tenang menyelamatkan percubaan itu.

Pada minit ke-30, Asensio mendapat satu lagi peluang. Namun dia membuat percubaan liar.

Shakhtar Donetsk melakukan beberapa siri serangan terutama sekali menerusi serangan balas. Namun separuh masa pertama berakhir dengan tanpa jaringan.

Bersambung babak kedua, Taison memiliki peluang untuk meletakkan tuan rumah di hadapan. Malang sekali rembatannya tidak cukup tajam untuk menewaskan Courtois.

Pada minit ke-57, satu aksi blunder secara berpasukan di barisan belakang oleh Real Madrid berlaku, dan mereka dihukum.

Real Madrid sebenarnya telah mencipta masalah yang tak sepatutnya wujud kepada diri mereka sendiri.

Ferland Mendy dan Varane serta Vazquez gagal berkomunikasi dengan baik dan menghadiahkan gol kepada lawan.

Dentinho tidak mempersia siakan peluang yang diberikan kepadanya. Dentinho terus menjadi igauan ngeri Real Madrid.

Pada minit ke-82, giliran Manor Solomon pula menewaskan penjaga gol Real Madrid dengan gol ke near post. Maka lengkaplah malam penuh kecelaruan Real Madrid.

Ini juga kali kedua Real Madrid teas di tangan lawan yang sama dalam saingan UCL.

Kekalahan itu bermakna, Real Madrid cuma ada pilihan wajib menang pada perlawanan terakhir mereka.

Ini juga merupakan kekalahan kedua Real Madrid berturut turut selepas dimalukan Alaves sebelum ini.

Baca juga perkembangan lain

UCL: ‘Blunder’ Pelik Onana Dihukum, Liverpool Lolos Ke Kalah Mati

Cavani Minta Ampun

La Liga: Alaves Malukan Real Madrid, Hazard Cedera Lagi