Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Liverpool memerlukan kebangkitan luar biasa di Anfield sekali lagi, sekiranya mahu meneruskan kemaraan dalam kempen Liga Juara Juara Eropah berdepan dengan sebuah lagi gergasi Sepanyol.

Liverpool tewas 3-1 dalam aksi di Estadio Alfredo Di Stefano – di tangan Real Madrid selepas aksi cemerlang mereka menewaskan Arsenal sebelum ini ini.

Keputusan itu serupa dengan keputusan yang dicatatkan oleh kedua dua pasukan dalam pertemuan terakhir mereka dalam kepnen UCL sebelum ini iaitu dalam final pada 2018.

Real Madrid selayaknya menang

Real Madrid ternyata pasukan yang jauh lebih baik. Di mana mereka melakukan 15 percubaan ke arah gawang Liverpool dengan 7 percubaan tepat. Berbanding hanya 7 percubaan oleh Liverpool dengan cuma 1 sahaja tepat.

Liverpool beraksi sangat teruk pada separuh masa pertama dengan Vinicius Junior berjaya menerima hantaran jauh Toni Kroos dengan dadanya, lalu menewaskan Alisson Becker.

Marco Asensio kemudian menggandakan lagi kelebihan buat Real Madrid selepas kesilapa dari Trent Alexander-Arnold. Di mana Asensio dengan tenang melakukan chip melepasi Alisson Becker dan kemudian menolak bola tersebut.

Liverpool kemudian berjaya merapatkan jurang gol dengan gol tempat lawan oleh Mohamed Salah pada awal separuh masa kedua. Di mana pemain antarabangsa Mesir itu melakukan percubaan dari jarak dekat menewaskan Courtois.

Dengan perlawanan berbaki 25 minit sahaja lagi, Vinicius Jr berjaya melengkapkan malam cemerlang beliau dengan gol ketiga Real Madrid.

Pemilihan pasukan oleh Klopp

Jurgen Klopp ternyata mengambil risiko dengan menurunkan Naby Keita berbanding dengan Thiago Alcantara. Di mana beliau kemudian melakukan pertukaran segera pada separuh masa kedua melibatkan 2 pemain tersebut.

Seterusnya Trent Alexander Arnold dan Andy Robertson ternyata melalui malam yang kurang memuaskan. Seringkali terdedah dengan ancaman dan memaksa dua bek tengah mereka, Ozan Kabak dan Nat Phillips bertungkus lumus di belakang.

Real Madrid selayaknya menang 3-1 dengan prestasi luar biasa mereka dalam aksi UCL sekali lagi. Dan memang sudah menjadi kepakaran Real Madrid di bawah Zinedine Zidane.

Liverpool bergelut dengan kreativiti mereka sekali lagi, dan skrip yang hampir sama di mana Mohamed Salah sentiasa muncul dengan gol pada aksi buruk Liverpool di serangan.

Real Madrid walaupun melepaskan 1 gol tempat lawan kepada Liverpool, namun mereka berjaya menjarakkan 2 gol agregat menerusk Vinicius Jr.

Kebangkitan di Anfield diperlukan

Ketika menjuarai UCL pada 2019, Liverpool bangkit daripada kekalahan 3-0 di tangan Barcelona di Sepanyol, dan menang dengan bergaya di Anfield. Namun pada ketika itu prestasi Liverpool sangat luar biasa di peringkat domestik walaupun mereka tidak menjuarai liga.

Liverpool perlu bekerja keras untuk memastikan mereka mampu mara ke pusingan seterusnya.

Namun kali ini Real Madrid

Dan sekarang keajaiban yang sama diperlukan oleh Liverpool. Namun lawan mereka adalah Real Madrid, yang memiliki rekod di mana mereka ada tabiat untuk menghadiahkan peminat mereka UCL ketika mereka gagal menjuarai La Liga – di bawah kendalian Zidane.

Ianya bukan sesuatu yang mengejutkan, walaupun sebelum ini Real Madrid dilihat pasukan yang memulakan musim dengan agak ‘yoyo’ tetapi mereka telah menunjukkan aksi cemerlang dalam beberapa bulan terakhir berbanding Liverpool.

Real Madrid masih belum tewas dalam semua pertandingan sejak Januari. Meskipun tanpa Sergio Ramos dan Rafael Varane, Real Madrid ternyata mampu mengisi kekosongan itu dengan Nacho Fernandez serta Eder Militao excellent. Berbanding dengan Liverpool yang bergelut sejak ketiadaan Virgil Van Dijk dan Joe Gomez.

Baca juga artikel:

Klopp Anggap Bukan Misi Balas Dendam Dan Lebih Berminat Menguruskan Real Mallorca Berbanding Real Madrid

Simeone Optimis Atletico Akan Menjuarai La Liga Musim Ini

Ole Tidak Ada Ramuan Rahsia Untuk Kebangkitan Separuh Masa Kedua

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group