Paris St Germain mara ke final Liga Juara Juara Eropah musim 2019/20 selepas menewaskan RB Leipzig di separuh akhir.

PSG ternyata pasukan lebih baik dalam perlawanan ini. Mereka melakukan ancaman seawal perlawanan menerusi Kylian Mbappe yang menjadi pemain kesebelasan utama kali ini.

Zonal marking oleh RB Leipzig dihukum seawal minit ke-13, apabila Marquinhos mendapat peluang dengan tandukan dalam keadaan beliau tidak dikawal.

Sebelum wisel rehat, Angel Di Maria menambah satu lagi gol untuk pasukannya. Ianya selepas satu flick assist yang menarik daripada Neymar.

Nampaknya statistik assist Neymar sudah cukup membuktikan bahawa beliau sebaiknya seorang pemain pasukan / team player berbanding dengan individu.

PSG menamatkan separuh masa pertama dengan sangat dominan. Di mana mereka menguasi 70% daripada perlawanan.

Pada separuh masa kedua, Neymar hampir sahaja membuatkan gol PSG dibatalkan. Namun selepas tinjauan VAR mengesahkan bola sentuhan Bernat sudah masuk sebelum ia disentuh Neymar.

Dalam kedudukan 3-0 tidak banyak yang mampu dilakukan oleh RB Leipzig untuk bangkit.

PSG mengesahkan kemaraan mereka ke final UCL yang pertama di dalam sejarah kelab mereka.

PSG juga menjadi pasukan dari Perancis pertama melayakkan diri ke final UCL sejak AS Monaco pada 2003/04.

PSG akan menanti lawan mereka sama ada final Perancis menentang Lyon ataupun berdepan dengan pasukan Bayern Munich.

Baca juga artikel lain

Analisis: Bagaimana Conte Membentuk Gandingan Lukaku-Martinez Sehingga Menghasilkan 51 Gol Musim ini

Barcelona Pecat Quique Setien

UEL: Inter Milan Belasah Shakhtar Donetsk 5-0 Untuk Mara Ke Final