Manchester City dan RB Leipzig memberikan aksi dengan 9 gol dalam perlawanan pembukaan kumpulan A Liga Juara Juara Eropah di Etihad Stadium.

RB Leipzig menjadi pasukan yang melancarkan ancaman bahawa terlebih dahulu. Dani Olmo memberikan ancaman awal menerusi sepakan percuma beliau.

Man City berjaya mencetak gol pertama pada minit ke-16. Nathan Ake merobek gawang Peter Gulasci setelah menerima hantaran lintang oleh Jack Grealish menerusi sepakan penjurunya.

City kemudian menambah lagi satu gol pada minit ke-28, selepas Mukiele menampan bola ke gawang sendiri.

Andre Silva menembusi gawang City pada minit ke-34, namun pengadil membatalkannya kerana ofsaid.

Sebelum rehat, RB Leipzig menjaringkan gol pertama pada minit ke-42 menerusi Christopher Nkunku yang menerima hantaran lintang Nordi Mukiele.

Ketika separuh masa pertama seakan akan berkesudahan 2-1, City diberikan sepakan penalti pada masa kecederaan. Riyad Mahrez tidak melakukan kesilapan untuk menyempurnakannya.

Pada separuh masa kedua, Leipzig memberikan respon terbaik mereka. Dengan merapatkan jurang gol sekali lagi menerusi Nkunku pada minit ke-51. Di mana Nkunku melakukan tandukan kemas.

Man City tidak membiarkan Leipzig terus mendapat momentum mereka. Lalu City segera menjarakkan diri 2 gol sekali lagi menerusi pemain GBP100 juta mereka, Jack Grealish pada minit ke-56.

Nkunku kemudian mencetak hatriknya pada minit ke-73, menerusi percubaan dari jarak dekat. Tiga kali pemain itu merapatkan jurang kepada 1 gol untuk pasukannya.

Malang sekali, pertahanan Leipzig sangat rapuh. Joao Cancelo menjadikan kedudukan 5-3.

Kemudian bekas pemain City sendiri, Angelino dilayangan kad kuning kedua pada baki 11 minit terakhir perlawanan.

Gabriel Jesus menjaringkan gol keenam untuk menjadikan kedudukan 6-3, dan City akhirnya berjaya meraih 3 mata.

Dalam satu lagi aksi, PSG terikat 1-1 dengan Club Brugge.

Bermakna City kini tampil sebagai pendahulu kumpulan. Aksi kedua kumpulan A melibatkan PSG vs Man City, ia aksi tumpuan.

Baca juga artikel

UCL: Turunkan Trio Mbappe-Messi-Neymar, PSG Hampir Dimalukan Club Brugge

Ole Tak Puas Hati Pengadil Tak Beri Penalti Dan Jelaskan Pertukaran Lingard-Ronaldo

Bale Cedera Dan Rehat Panjang Sekali Lagi