Manchester United tewas 1-3 kepada Paris Saint-Germain dalam aksi di Old Trafford dalam perlawanan kelima Liga Juara Juara Eropah.

Kekalahan Man United membuatkan perssaingan kumpulan H untuk ke pusingan 16 terakhir menjadi semakin sengit.

Di mana ada 3 pasukan berkongsi sembilan mata iaitu PSG, Manchester United dan RB Leipzig.

Ole Gunnar Solskjaer mengembalikan David De Gea ke dalam pasukan selepas pemain itu dikeluarkan sebelum ini kerana isu kecederaan.

PSG mahu membalas dendam kekalahan yang mereka alami sebelum ini. Dan hanya 6 minit perlawanan dimulakan, PSG sudah di hadapan menerusi Neymar.

Segalanya dicetuskan Kylian Mbappe. Beliau menggelecek masuk ke dalam kawasan pertahanan Man United dan bermain satu dua dengan Neymar.

Mbappe melepaskan percubaan yang terbias pada pemain lain, dan Neymar melakukan rembatan susulan yang tepat menerjah gawang.

EoQil6NWMAAv-et

Tersentak dengan gol itu, Man United memberikan respon untuk menjaringkan gol. Marcus Rashford cuba menyempurnakan hantaran Bruno Fernandes, namun gagal menewaskan Keylor Navas.

Pada minit ke-32, Rashford akhirnya berjaya menewaskan Navas. Ini selepas usahanya dua kali akhirnya menghasilkan gol.

Rashford melakukan rembatan yang terbias pada kaki pertahanan lawan dan terus masuk.

Pada separuh masa kedua, United terus cuba melancarkan beberapa siri serangan. Edinson Cavani hampir menjaringkan gol pada minit ke-57. Apabila sungkitannya singgah di palang gol.

Martial berpeluang menerusi bola kedua, namun percubaan beliau dihadang.

Minit ke-66, giliran Marquinhos pula menyaksikan tandukannya terkena palang.

Paris Saint-Germain berada di hadapan sekali lagi pada minit ke-69. Ini apabila mereka memanfaatkan keadaan kucar kacir di depan gawang Manchester United. Marquinhos berjaya menjaringkan bola ke gawang dengan rembatan dengan kaki kanannya.

EoRQioGU4AAkOWz

Seminit kemudian, Manchester United terpaksa bermain dengan 10 orang berikutan kad merah Fred selepas kekasaran ke atas bekas pemain Syaitan Merah – Ander Herrera.

Perlawanan berakhir dengan kedudukan 1-3 untuk pasukan pelawat apabila Neymar sekali lagi menewaskan De Gea pada masa kecederaan sebelum wisel penamat.

Perlawanan keenam nanti pasti akan lebih menarik dalam kumpulan ini.

Baca juga perkembangan lain

Kecewa Kurang Kreativiti, Arteta Mahukan Eriksen

UCL: Real Madrid Dimalukan Shakhtar Donestk, Pertahanan Los Blancos Buat Kesilapan Ngeri

UCL: ‘Blunder’ Pelik Onana Dihukum, Liverpool Lolos Ke Kalah Mati