Manchester United turun dalam aksi Liga Juara Juara Eropah kumpulan H dengan melayan kunjungan Istanbul Basaksehir di Old Trafford.

United pasti tak akan lupa kekalahan mengejut di tangan pasukan rookie tersebut pada pusingan pertama sebelum ini.

Beraksi di tempat sendiri, ternyata Man United terlalu unggul buat Basaksehir. Di mana skuad bimbingan Ole Gunnar Solskjaer masih segar daripada kemenangan pertama musim ini di Old Trafford dalam saingan liga sebelum ini.

United menang 4-1 ke atas kelab Turki tersebut. Bruno Fernandes terus menjadi bintang yang cemerlang. Di mana beliau menjaringkan 2 gol pembukaan Man United pada awal babak separuh masa pertama.

Bruno Fernandes membuka tirai jaringan seawal minit ke-9, dan diikuti gol kedua pada minit ke-19. Kontribusi gol oleh Fernandes untuk Man United terus luar biasa.

Pasukan pelawat tetap memberikan saingan sengit kepada pasukan tuan rumah. Cuma bezanya kali ini, United sangat klinikal di hadapan gol.

Sebelum rehat Marcus Rashford menambah gol ketiga untuk membolehkan pasukan tuan rumah berada di hadapan dengan 3 gol.

Denis Turuc menjaringkan gol saguhati untuk pasukan pelawat dengan gol pada minit ke-75.

Namun Daniel James akhirnya mendapat semula sentuhan golnya dengan gol keempat pada masa kecederaan.

Hasil daripada kemenangan ini, Setan Merah kini berada di puncak kumpulan H, di hadapan PSG dan RB Leipzig. Dalam satu lagi perlawanan PSG menewaskan Leipzig 1-0.

Baca juga perkembangan lain

Guardiola Mahu Grealish Dan Messi

Presiden CAF Digantung Kerana Salah Guna Kuasa

TERKINI: EPL Dibenarkan Beraksi Dengan Kehadiran Penonton