Manchester United mencatat kemenangan kedua mereka musim ini dalam saingan Liga Juara Juara Eropah berhadapan dengan RB Leipzig.

Man United melayan kunjungan Leipzig di Old Trafford. Ini adalah perlawanan pertama Harry Maguire menjadi kapten Manchester United dalam saingan Liga Juara Juara Eropah.

Leipzig ternyata tidak dapat mengatasi United dalam banyak aspek. Pasukan bimbingan Ole Gunnar Solskjaer di hadapan menerusi Mason Greeenwood – selepas pemain itu kembali semula ke dalam kesebelasan utama.

United menunggu pengesahan VAR sama ada gol itu dari kedudukan ofsaid.

Leipzig sangat jarang melakukan ancaman ke kubu Man United pada separuh masa pertama. Serangan mereka mudah dipatahkan oleh United.

Bersambung babak kedua, Ole Gunnar Solskjaer memasukkan Bruno Fernandes dan Rashford dalam usaha mereka mencari gol tambahan kerana United juga bergelut di final third.

Pada minit ke-74, Marcus Rashford mengatasi perangkap ofsaid dan menjaringkan gol kedua pasukannya. VAR mengesahkan gol itu bersih.

4 minit kemudian, Rashford menjaringkan gol kedua peribadinya. Mengambil kesempatan di atas kesilapan pertahanan lawan yang terlalu kasual.

Leipzig yang hilang fokus dalam perlawanan ini memberikan penalti kepada lawan apabila Martial dikasari.

Martial sendiri mengambil penalti tersebut. Bruno Fernandes memberikan peluang kepada Martial untuk mengembalikan keyakinan pemain itu – dalam kedudukan Man United 3 gol di hadapan.

Selain itu Marcus Rashford yang dalam kedudukan terbaik untuk mencetak hatrik, juga memberikan peluang kepada Martial.

Martial dengan tenang menewaskan penjaga gol lawan untuk meletakkan United 4-0 di hadapan.

Rashford akhirnya mencetak hatriknya pada masa kecederaan. Memberikan mimpi ngeri kepada RB Leipzig yang merupakan semifinalis musim lalu.

Tamat perlawanan, Manchester United mencatatkan kemenangan kedua mereka. Kali ini dengan rekod kemenangan besar 5-0.

Ia juga rekod permulaan 100% mereka musim ini dalam kempen Liga Juara Juara Eropah.

Baca juga perkembangan lain

Bartomeu Letak Jawatan Selepas 6 Tahun

Assist Dan Gol Casemiro Minit Akhir Selamatkan Real Madrid Dari Kalah Lagi

Bartomeu Minta Kerajaan Tangguh Usul Tidak Percaya Nak Singkirkannya Demi Keselamatan Rakyat