Liverpool berjaya mencipta satu lagi kemenangan 2-0 ke atas Leipzig di Arena Puskas – dengan status perlawanan tuan rumah. Hasil daripada kemenangan itu, Liverpool mara ke suku akhir dengan agregat 4-0.

Leipzig turun dengan tekanan untuk menterbalikkan defisit gol, walaupun sebelum perlawanan, pemain Leipzig, Angelino menyatakan bahawa tekanan bukan pada mereka, tetapi pada Liverpool.

Leipzig melakukan ancaman seawal minit ke-1o menerusi Dani Olmo, namun bola diselamatkan oleh Alisson Becker.

Pada minit ke-20, kini giliran Liverpool untuk mencipta peluang keemasan. Diogo Jota hampir sahaja menewaskan Peter Gulacsi, namun usaha beliau belum cukup tajam.

4 minit kemudian, Thiago membebaskan Mohamed Salah dengan hantaran cantik. Percubaan Salah dinafikan oleh Gulacsi. Mane datang menyusul, dan beliau sepatutnya menjaringkan gol. Tetapi Mane gagal.

Leipzig menguatkan lagi tekanan kepada Liverpool. Pasukan Jurgen Klopp ternyata diberikan tentangan sangat sengit.

Pada masa kecederaan Jota sepatutnya meletakkan Liverpool, namun beliau gagal melakukannya, menjadikan separuh masa pertama berakhir dengan kosong kosong.

Bermula separuh masa kedua, Liverpool terus mencipta beberapa peluang gol. Namun cerita dia tetap sama, mereka bergelut untuk menyudahkannya.

Leipzig mendapat peluang keemasan pada minit ke-65. Bermula dari hantaran Hwang Hee-Chan, Alexander Sorloth berjaya melakukan percubaan yang melepasi jangkauan Alisson. Malangnya, bola hanya terkena palang.

Pada minit ke-70. Liverpool berjaya memecahkan kebuntuan menerusi gol oleh Mohamed Salah hasil umpanan Diogo Jota.

Hanya 4 minit selepas itu, Sadio Mane memastikan peluang untuk Leipzig mara sudah tertutup rapat. Mane menyempurnakan hantaran Origi.

Tamat perlawanan, Liverpool 2 Leizig 0 dengan agregat 4-0.

Baca juga perkembangan lain

Angelino: “Liverpool Lebih Tertekan, Trent Adalah ‘Lubuk’ Untuk Kami Manfaatkan”

UCL: Pirlo Tak Risau Dipecat Kerana Dia Ada Projek Yang Bagus Untuk Kelab

Pirlo: “Ronaldo Sudah Tak Sabar Jumpa Porto”