Liverpool berjaya memastikan mereka mara ke final untuk pertemuan semifinal melibatkan kelab Inggeris dan Sepanyol dalam dua semifinal UCL pada musim ini, 2021/22.

Ini selepas Manchester City turut mara ke separuh akhir dengan menyingkirkan Atletico Madrid untuk bertemu dengan Real Madrid. City berhempas pulas untuk mara selepas diberikan tentangan luar biasa oleh Atetico Madrid.

Bertempat di Anfield, skuad bimbingan Jurgen Klopp diberikan reality check di bahagian pertahanan. Ini selepas pelawat menjaringkan 3 gol di Anfield.

Benfica mendapat gol gol mereka menerusi kejayaan menewaskan perangkap ofsaid.

Klopp memutuskan untuk melakukan 7 pertukaran daripada kesebelasan utama menentang Manchester City tempoh hari.

Liverpool terlebih dahulu di hadapan menerusi Ibrahima Konate yang menanduk masuk sepakan penjuru Kostas Tsimikas.

Tetapi Goncalo Ramos menyamakan kedudukan sebelum rehat untuk membolehkan kedua dua pasukan masuk ke bilik persalinan dengan keputusan  1-1 atapun agregat 4-2.

Selepas separuh masa kedua bersambung, Firmino akhirnya berjaya menjaringkan gol. Ini selepas dia mempersiakan peluang keemasan pada separuh masa pertama dengan menghantar bola kepada Diaz pada kedudukan dia boleh menjaringkan gol.

Kali ini Firmino berjaya menyempurnakan hantaran Diego Jota untuk meletakkan Liverpool 2-1 di hadapan pada minit ke-55.

10 minit kemudian, pemain antarabangsa Brazil tersebut, menambah koleksi golnya. Ini selepas dia menampan kemas hantaran sepakan percuma daripada Kostas Tsimikas.

Pemain gantian, Roman Yaremchuk menghidupkan sisa sisa perjuangan Benfica dengan gol penyamaan pada minit ke-73.

Penyokong Benfica menjadi bagai nak gila ketika Darwin Nunez menyamakan kedudukan pada minit ke-81 untuk menjadikan agregat 6-4. Mereka mulai melihat ada sinar harapan.

Tidak lama selepas itu Nunez menyumbat gol lagi, tetapi sayangnya kali ini benar benar ofsaid.

Tiada lagi tambahan gol daripada kedua dua pasukan selepas itu. Tamat aksi, Liverpool 3 Benfica 3. Liverpool mara dengan agregat 6-4.

Liverpool akan mara menentang Villarreal. Pasukan yang menyingkirkan pasukan pilihan Bayern Munich dalam aksi suku akhir semalam.