Liverpool kini berkelebihan dua gol tempat lawan ke atas RB Leipzig dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah peringkat 16 akhir.

Liveropool menang 2-0 dalam aksi yang dilangsungkan di Arena Puskas, Budapest.

Pasukan bimbingan Julian Nagelsmann, yang sebelum ini memintas Manchester United untuk mara ke pusingan kalah mati, dihantui dengan dua kesilapan defensif yang membawa padah.

Gol Mohamed Salah – yangjuga gol ke-24 beliau musim  ini – meletakkan Liverpool di depan setelah melakukan kesilapan oleh Kevin Kampl.

Manakala Sadio Mane menggandakan kelebihan selepas Nordi Mukiele juga melakukan kesilapan ketika cuba mengeluarkan bola,  sekaligus memberikan bintang Senegal itu peluang untuk menembusi bekas penjaga gol Liverpool sendiri iaitu Peter Gulasci.

The Reds kini masih tak kalah dalam enam perlawanan tempat lawan menentang pasukan dari Bundesliga sejak 2002, dan pasukan Jurgen Klopp akan menjadi pasukan pilihan untuk mara ke suku akhir daripada pertembungan ini.

Liverpool hampir ketinggalan setelah hanya lima minit, tandukan terbang Dani Olmo terkena tiang.

Pasukan tuan rumah kelihatan lebih mengancam ketika mereka mula mengawal perlawanan.

Peter Gulacsi menafikan usaha Salah dari jarak dekat sebelum Roberto Firmino melepaskan tembakan ke sisi jaring.

Mane kemudian menanduk masuk dari jarak dekat untuk mengumpan kepada Firmino. Malang gol dibatalkan kerana bola sudah terkeluar.

Christopher Nkunku yang jarang terlibat pada babak pertama hampir meletakkan Leipzig di hadapan pada awal separuh masa kedua. Alisson menyelamatkan dengan baik percubaan lawan.

Salah akhirnya memecah kebuntuan pada minit ke-53 menewaskan Gulacsi selepas hantaran ke belakang yang lemah dari Kampl.

Mukiele menambah derita Leipzig apabila miss kick ketika cuba mengeluarkan bola. Sadio Mane dengan mudah menyumbat masuk bola.

Angelino berpeluang untuk merapatkan jurang gol namun percubaan beliau lemah.

Hwang Hee Chan memiliki dua peluang dan salah satunya adalah peluang keemasan. Tetap juga Leipzig gagal menembusi Alisson.

Tamat perlawanan, Liverpool menang 2-0 dari gelanggang lawan.

Baca juga perkembangan lain

Bagaimana Serie A Berjaya Menarik Bidaan €850 Juta Semusim Dari DAZN

Menang Ke Atas Newcastle, Tuchel Sahkan Penjaga Nombor 1 Chelsea

EPL: Hatrik Aubameyang Hiasai Kemenangan Arsenal Ke Atas Leeds