Manchester United turun berdepan dengan RB Leipzig dalam saingan Liga Juara Juara Eropah. Ianya adalah perlawanan terakhir peringkat kumpulan.

Pada hujung Oktober lalu, Man United membelasah RB Leipzig dengan keputusan 5-0, meletakkan mereka ketika itu di kedudukan terbaik untuk mara ke pusingan 16 akhir.

Namun kejutan berlaku apabila United tewas di tangan Basaksehir. Dan kekalahan di tangan PSG pada perlawanan ke-5.

Bertempat di Red Bull Arena, Man United ketinggalan seawal minit ke-2 lagi. Angelino menjaringkan gol pembukaan awal untuk pasukannya selepas menerima hantaran Marcel Sabitzer.

11 minit kemudian, Angelino sekali lagi terlibat dalam gol Leipzig. Kali ini beliau membekalkan bantuan gol kepada rakannya, Amadou Haidara.

Ianya satu binaan gol secara berpasukan yang sangat baik dan disudahkan oleh Haidara dengan voli.

Man United terus bergelut untuk berhadapan dengan tekanan daripada Leipzig.

Pada minit ke-30, Konate melakukan tandukan yang terkena palang dan disambar oleh Orban. Namun VAR membatalkan gol tersebut kerana ofsaid.

Perlawanan separuh masa pertama berakhir dengan skor 2-0.

Bersambung babak kedua, Man United cuba memperbaiki rentak permainan mereka. Ole melakukan pertukaran formasi dengan menggunakan sistem diamond pada separuh masa kedua.

Leipzig terus memberikan mereka tekanan dengan beberapa siri serangan balas.

Pogba kemudian dimasukkan untuk menggantikan Matic. Pemain yang ejennya sebelum ini baru membuat kenyataan kontroversi bahawa Pogba mahu ke Real Madrid.

Pogba menjadi nadi penting United dalam kebangkitan mereka sebelum ini. Tersentak dengan gol itu, United tidah berputus asa. Fernandes mengambil sepakan percuma dan ianya terkena palang.

United dikejutkan lagi dengan aksi pertahanan lemah mereka yang membolehkan Justin Kluivert menjaringkan gol ketiga selepas menerima bola daripada Nkunku.

Pada minit ke-80, Man United diberikan penalti setelah Mason Greenwood dijatuhkan oleh Konate.

Bruno Fernandes tiada masalah untuk menyempurnakan penalti tersebut.

2 minit kemudian giliran Pogba pula menanduk masuk bola untuk memberikan gol harapan kepada United. Terdapat juga kekeliruan sama ada gol harus diberikan kepada Pogba ataupun Harry Maguire.

Namun ianya tidak cukup untuk United. Mereka tetap tewas dan tersingkir ke Europa League.

Sebagai tambahan, United tersingkir walaupun mata sama dengan PSG, dan perbezaan jaringan lebih tinggi – kerana UCL mengutamakan rekod pertemuan.

Dengan kedua dua pasukan masing masing menang 1 perlawanan di antara mereka dan skor secara agregat adalah 4-3 memihak PSG.

Perlawanan pertama United menang 2-1. Perlawanan kedua PSG menang 3-1.

Baca juga perkembangan lain

Menang Ke Atas Arsenal, Mourinho Isytihar Spurs Bukan Pasukan Biasa

Pengarah Juventus Dituduh Berkomplot Penipuan Markah Ujian Luis Suarez

Napoli Rasminya Menukar Nama San Paolo Kepada Stadio Diego Maradona