Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Frank Lampard memuji prestasi pasukannya selepas aksi seri berdepan dengan Sevilla di Stamford Bridge.

Chelsea seri tanpa jaringan dalam perlawanan pembukaan kempen UCL mereka pada musim ini.

Frank Lampard memberikan debut Eropah kepada Edouard Mendy menggantikan Kepa Arrizabalaga.

Namun di atas padang, ternyata pasukan pelawat tampil dengan aksi lebih dominan dari segi penguasaan bola. Dari segi percubaan ke arah gol, kedua dua pasukan bergelut untuk mencipta peluang gol.

Walaupun sekadar seri namun Lampard ternyata puas menyaksikan prestasi para pemainya.

Menurut Lampard, beliau sangat gembira melihat elemen profesional yang disuntik di dalam pasukannya.

Dipetik daripada kenyataan rasmi beliau di laman rasmi Chelsea Lampard menganggap keputusan seri ini sebagai sesuatu yang besar ditampilkan pasukannya selepas seri pada hujung minggu lalu dalam aksi domestik.

Beliau menegaskan, untuk mengelakkan dibolosi dalam aksi UCL berdepan dengan pasukan handalan Eropah seperti Sevilla adalah sangat bermakna.

Lampard menganggap ini adalah batu asas kepada pembinaan pasukan.

Bercakap tentang keputusan seri tanpa jaringan dengan Sevilla, Lampard menegaskan ia adalah keputusan yang baik. Hal ini kerana kedua dua pasukan bersaing sengit di atas padang.

Dan Lampard memuji perlawanan ini sebagai sangat menarik dari sudut pandangan taktikal.

Selain daripada prestasi cemerlang penjaga gol Chelsea, Lampard turut menghamburkan pujian ke atas pemain veteran, Thiago Silva.

Kerana menurut Lampard, Silva sangat sangat bagus dan menyuntik kualiti dan pengalamannya di dalam permainan.

flam

Baca juga perkembangan lain

UCL: Rashford Terus Menjadi Mimpi Ngeri PSG Di Kota Paris

EPL: Mesut Ozil Digugurkan Daripada Skuad Utama Arsenal

Mourinho Bangkang Pendapat Menyatakan Bale Punca Spurs Tak Menang

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group