Alvaro Morata dan ofsaid memang tak dapat dipisahkan. Sehinggakan pada satu ketika Morata pernah mencatatkan ofsaid lebih banyak daripada beberapa pasukan di EPL.

Baiklah, dalam aksi di antara Juventus dan Barcelona, Alvaro Morata 3 kali ofsaid dan golnya ditarik VAR.

Ianya pasti mengecewakan peminat Juventus yang berharap pemain itu lebih baik dalam pemposisiannya di atas padang.

3 kali Morata menjaringkan gol, tiga kali juga VAR mengesan beliau dalam kedudukan ofsaid.

Ia bukan rekod yang diingini terutama sekali ketika pasukan beliau sedang ketinggalan. Dalam perlawanan sebelum ini Morata sangat cemerlang. Tetapi gagal mengulanginya malam ini.

Juve turun tanpa bintang utama mereka Cristiano Ronaldo. Sekaligus tiada aksi Ronaldo vs Messi kali ini.

Barcelona mendahului menerusi gol Ousmane Dembele selepas assist menarik Messi dengan hantaran silang ke sebelah padang.

Selepas gol itu, perlawanan dihiasi kisah Morata dan ofsaid dalam perlawanan ini. Sejak musim lalu, Alvaro Morata sudah mencatatkan rekod 13 kali ofsaid dalam UCL.

Juventus terus dirundung malang apabila Merih Demiral dilayangkan kad kuning kedua kerana menjatuhkan bekas pemain Juventus, Miralem Pjanic.

Pada masa kecederaan Bernadeschi pula menjatuhkan Ansu Fati.

Lionel Messi mengambil sepakan penalti tersebut dan menyempurnakannya tanpa sebarang masalah.

Barcelona menang 0-2 di tempat lawan pada hari kelab mereka menerima perletakan jawatan Josep Maria Bartomeu.

Baca juga perkembangan lain

UCL: Man United Ajar Leipzig, Rashford Ledak Hatrik Selepas Dimasukkan

Ancelotti Anggap Kad Merah Digne Pun Ada Kaitan Dengan Van Dijk

Assist Dan Gol Casemiro Minit Akhir Selamatkan Real Madrid Dari Kalah Lagi