Pemain kacukan Malaysia-Belgium, Johan Dion Cools nyata kecewa apabila FC Midtjylland tewas kepada Ajax Amsterdam dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Pada aksi yang berlangsung di MCH Arena semalam, Midtjylland ketinggalan dengan dua gol pada 15 minit pertama perlawanan apabila Ajax menjaringkan gol menerusi Antony dan Dusan Tadic.

Anders Dreyer menjaringkan gol pada minit ke-18 namun keputusan 2-1 kekal sehingga wisel penamat dibunyikan sekaligus memberi kemenangan kepada Ajax.

“Sudah pasti kami kecewa. Setelah perlawanan minggu lalu, kami merasakan bahawa kami mampu untuk meraih mata pada perlawanan minggu ini.

“Selepas 25 minit beraksi, barulah kami menampilkan prestasi sebenar. Kami mempunyai peluang namun gagal menyempurnakannya dengan baik.

“Selepas ini kami perlu lebih percaya diri. Kami perlu percaya kami mempunyai kualiti dan saya fikir kami masih boleh meraih sesuatu,” kata Dion.

Johan Dion Cools
Sumber Gambar: FC Midtjylland

Pemain yang pernah beraksi di Liga Belgium itu membuat penampilan pertama dalam saingan UCL bersama Midtjylland dimana beliau dimasukkan pada minit ke-64.

“Saya cuba memberikan sumbangan sebanyak yang mungkin. Sayangnya saya tidak dapat membantu pasukan untuk meraih keputusan seri atau menang.

“Sudah tentu satu perkara yang bagus apabila dapat beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara. Namun saya mahukan kemenangan berbanding kekalahan,” tambahnya.

Baca artikel lain mengenai Johan Dion Cools di sini:

FC Midtjylland Raih Kemenangan, Johan Dion Cools Beraksi Penuh 90 Minit

Johan Dion Cools Berpeluang Berdepan Dengan Sadio Mane Dan Mohamed Salah

Johan Dion Cools Sedia Bantu Luqman Hakim Menyesuaikan Diri Di Belgium