Neymar akan kembali semula ke Nou Camp berhadapan dengan kelab lamanya, FC Barcelona.

Neymar juga subjek kepada sasaran oleh beberapa calon Presiden Barca – yang bercadang membawa masuk pemain itu semula jika menang pemilihan.

Neymar memenangi UCL bersama Barcelona sebelum ini. Dan beliau dibawa masuk ke PSG untuk misi yang sama.

neymar2708-26

Tetapi beberapa minggu lalu, Neymar sudah menyatakan dia komited dengan PSG.

Situasi semasa di Barcelona juga dikatakan tidak begitu membantu mendorong Neymar untuk kembali semula.

neymar-kylian-mbappe-psg-2019-20_rnsyi99snmaj19iega0alkwe9

Jurgen Klopp akan kembali semula ke tanah airnya untuk berhadapan dengan RB Leipzig.

Juara bertahan, Bayern Munich akan berhadapan dengan Lazio.

Sementara Chelsea akan berdepan dengan Atletico Madrid yang berada dalam prestasi agak cemerlang musim ini.

Cristiano Ronaldo pula akan berhadapan dengan kelab negaranya, apabila Juventus diundi berdepan Porto.

Berikut adalah undian penuh

Barcelona vs PSG
Borussia Mönchengladbach vs Manchester City
Lazio vs Bayern Munich
Atletico Madrid vs Chelsea
RB Leipzig vs Liverpool
Porto vs Juventus
Sevilla vs Borussia Dortmund
Atalanta vs Real Madrid

Siapa yang anda rasa akan mara ke suku akhir musim ini?

Baca juga perkembangan lain

Evra: Henry Terus Tutup TV Apabila Melihat Xhaka Menjadi Kapten Arsenal

Tewaskan Levante, Koeman Laung Keyakinan Barcelona Mampu Juara La Liga

Arteta Kutuk Tindakan Xhaka Sebagai Menyusahkan Pasukan