Pemilihan pasukan dan kesebelasan utama Pep Guardiola dipersoalkan. Ini selepas beliau memutuskan untuk tidak bermain dengan defensive midfielder serta penyerang tulen walaupun pemain seperti Aguero, Gabriel Jesus dan Fernandinho kesemuanya cergas untuk beraksi.

Dalam aksi final UCL awal pagi tadi waktu Malaysia, beberapa pemain bermain di posisi sampingan dan bukan posisi utama. Foden bermain di sayap kiri, manakala Bernardo Silva bermain di ‘central midfielder’.

Gundogan pula bermain di posisi no.6, De Bruyne sebagai 9 jadian / false number 9.

Namun Guardiola menyatakan bahawa beliau melakukan pertukaran daripada pasukan yang beliau gunakan sebelum ini kerana yakin ini adalah kesebelasan terbaik untuk menang.

“Saya dan membuat pemilihan pasukan terbaik. Menentang Lyon sama seperti menentang PSG dan Dortmund.”

“Saya mencuba pemilihan pasukan yang terbaik untuk memenangi perlawanan. Pemain sendiri tahu akan perkara itu. Gundogan bermain baik dan kami luar biasa.”

Selain itu Guardiola menyimpulkan bahawa musim ini adalah musim yang luar biasa buat City. Cuma mereka kurang bernasib baik. City gagal menamatkan musim ini dengan treble, walaupun ramai berpendapat bahawa ini peluang terbaik mereka berdasarkan prestasi semasa selepas memenangi 2 pertandingan domestik.

“Ini musim yang luar biasa untuk kami. Ianya impian yang besar di sini. Malangnya kita gagal memenanginya. Ini juga yang pertama kali untuk ramai dari kalangan kami di kelab ini pada hari ini.”

“Kami telah mencuba dan kami gagal melakukannya. Dan kami akan bekerja untuk bangkit lebih kuat.”

“Saya tak pandai sangat untuk memikirkan tentang musim hadapan. Ianya musim dengan 62 perlawanan dan kita bermain 61 daripadanya.”

“Ianya sangat sukar buat kami semua pada masa pandemik melanda dunia dan segalanya. Jika hari ini kami menganalisis perlawanan tadi, dah tentunya kami sedih. Tahniah Chelsea.”

Baca juga artikel

UCL: Gol Havertz Julang Chelsea Jadi Raja Eropah 2021

Previu Taktikal UCL: Pertarungan High Pressing Guardiola-Tuchel

UEFA Bakal Mansuhkan Peraturan Gol Tempat Lawan