Pep Guardiola jelas tidak berpuas hati dengan tindakan Kyle Walker yang melakukan bentesan bodoh ke atas Andre Silva dan mendapat kad merah.

Guardiola menyatakan bahawa kad merah itu sebagai tidak harus berlaku pada seorang pemain profesional.

Walker dibuang padang selepas menyepak kaki Andre Silva dari belakang. Dan berlaku konfrontasi antara Silva dan Walker. Pengadil tiada pilihan selain daripada membuang padang Kyle Walker.

Oleh kerana kad merah itu, Walker tidak akan dapat bermain pada aksi seterusnya. Dengan lawan mereka akan diketahui selepas undian kalah mati pada 13 Disember akan datang.

Guardiola langsung tidak gembira dengan kad merah itu dan memberitahu wartawan bahawa dia tidak ada sebab untuk mencari alasan menyokong tindakan Walker.

Guardiola pada masa yang sama tidak mahu memberikan komen tentang laporan yang menyatakan berlaku pertelagahan melibatkan Kyle Walker di bilik persalinan City.

“Itu kad merah, jelas sekali! Tapi saya tak perlu menceritakan kepada kamu tentang apa yang berlaku di bilik persalinan,” kata pengurus asal Sepanyol itu selepas tamat perlawanan.

“Kad merah itu adalah tidak harus berlaku. Dia tak boleh bermain selepas ini dalam aksi 16 akhir. Kyle Walker pemain penting pasukan kami.”

“Kami harus sentiasa bijak mengawal emosi terutama sekali dalam pertandingan seperti ini. Harapan saya agar dia belajar daripada kesilapan ini untuk masa akan datang.”

Manchester City tewas di tangan RB Leipzig dalam aksi di Jerman. Aksi dalam stadium kosong kerana peraturan untuk pencegahan dan pengawalan pandemik daripada merebak.

Gol dari Dominik Szoboszlai dan Silva memberikan 2 gol pendahuluan kepada Leipzig yang baru sahaja memecat pengurus mereka – Jesse Marsch – pada Jumaat.

Mahrez kemudian merapatkan kedudukan. Tetapi City gagal mendapat gol penyamaan.

Kemenangan itu berjaya meletakkan RB Leipzig berada dalam slot Liga Europa.

Dalam satu lagi perlawanan dalam kumpulan yang sama, PSG mencipta kemenangan bergaya dengan jaringan 4-1 ke atas Club Brugge.

Baca juga artikel

Qatar Alu Alukan Puak LGBTQ Ke Piala Dunia 2022 Dan Boleh Kibarkan Bendera Pelangi

EPL: Tewas Di Tangan Everton, Arsenal Persiakan Peluang Pintas Semula Manchester United

Dalot Dedah Fred Tak Pernah Terganggu Kerana Kritikan Pundit & Netizen Di Media Sosial