Manchester City melakar sejarah dalam kelab mereka apabila buat pertama kalinya, gergasi Liga Perdana Inggeris itu akan berada di final Liga Juara-Juara Eropah.

City mara ke final setelah melepasi cabaran sebuah lagi pasukan piliham PSG secara agregat 4-1.

Guardiola menegaskan kejayaan mara ke final kali ini adalah kerana setiap orang yakin dan percaya kepada proses yang mereka lalui dalam 4-5 tahun terakhir ini.

Pada 2016, Pep pernah menyatakan bahawa mereka ketika itu sedang dalam proses.

“Kami berjuang bersama dan kami berada di final Liga Juara-Juara Eropah dan itu bagus. Orang percaya bahawa mudah untuk mencapai final Liga Juara-Juara,”

“Faktanya pula, kita mara ke final sekarang adalah memahami apa yang telah kita lakukan dalam empat atau lima tahun kebelakangan ini. Setiap hari mereka ini konsisten dan ini luar biasa,” tambah beliau lagi.

Pep Guardiola juga menghamburkan kata kata pujian kepada semua pemainnya, termasuk pemain pemain simpanan. Selain itu Pep kini mempersiapkan pasukan yang mahu memenangi treble musim ini.

“Ini untuk kita semua dan kelab. Saya sangat bangga dan perkara pertama dalam fikiran saya adalah mengenai pemain yang tidak bermain hari ini.”

“Mereka semua layak untuk bermain, semua orang telah menyumbang kepada pasukan dan sekarang adalah waktunya untuk menikmatinya. Kami harus memenangi liga dan kami mempunyai dua atau tiga minggu untuk bersiap untuk final (Liga Juara-Juara Eropah).”

Aksi Riyad Mahrez dalam dua separuh akhir kali ini akan berada dalam ingatan PSG selama lamanya. Beliau tampil cemerlang menjaringkan 3 daripada 4 gol City dalam dua perlawanan timbal balik.

Mahrez menegaskan bahawa City seharusnya mencetak gol lebih banyak dalam perlawanan ini.

Selain itu Pep Guardiola menjelaskan bahawa, mereka sebenarnya tidak merancang untuk melakukan taktikal berasaskan serangan balas. Namun dalam beberapa situasi mereka ditekan oleh PSG sehingga ke bawah sekali.

“Sebenarnya, ini bukan rancangan permainan kita untuk melakukan serangan balas. Tetapi mereka harus menyerang kami dan mungkin kadang-kadang kami bermain lebih ke bawah dan kami bagus dalam serangan balas. Begitulah kedua gol itu dilakukan dan kami gembira.”

Baca juga artikel

RASMI: Mourinho Pengurus Baharu Roma Musim Depan, Mahu Bina Projek Kemenangan Konsisten

United Sedia Tawar Kontrak Baharu, Raiola Mahu Pastikan Pogba Dapat £400K Seminggu

RASMI: Inter Milan Juara Itali! Tamatkan Monopoli 9 Tahun Juventus