Chelsea rasminya menjadi raja Eropah yang baharu pada musim 2020/21 selepas menewaskan Manchester City dalam aksi final yang berlangsung di Portugal.

Manchester City memulakan perlawanan dengan intensiti tinggi. Pada minit ke-8 Sterling menerima bola Ederson, namun Mendy berjaya menyelamatkannya.

Werner kemudian memiliki peluang keemasan untuk meletakkan Chelsea di hadapan. Namun dua kali beliau mempersiakannya. Satu dihadang, dan satu lagi terkena sisi jaring.

Rudiger kemudian menjadi penyelamat Chelsea. Beliau menafikan peluang gol yang dimiliki oleh Phil Foden dengan menggelongsor untuk menghadang bola.

Pada minit ke-36, timbalan kapten Chelsea, Thiago Silva terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan.

Raheem Sterling dan Riyad Mahrez terus bergelut untuk mencipta peluang ataupun ancaman gol.

Sebaliknya, Chelsea yang terlebih dahulu di hadapan dengan gol oleh Kai Havertz.

Di mana Chelsea melakukan ‘fast break’ dengan mengatasi garisan pertahanan tinggi Chelsea. Ederson keluar cuba melakukan sweeping namun Havertz berjaya menggeleceknya dan menyudahkan peluang gol ke gawang yang ternganga.

Gol itu menjadikan Havertz sebagai pertama yang membuka akaun gol dalam aksi final UCL selepas Ilkay Gundogan pada 2013.

Chelsea masuk ke bilik persalinan dengan kelebihan 1 gol. Manchester City perlu melakukan sesuatu terutama sekali untuk menguasai bahagian tengah.

Pada separuh masa kedua, Chelsea terus menyukarkan City. De Bruyne pula terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan, dan Gabriel Jesus dimasukkan.

E2lVYMZVoAIAxPl

Selepas sejam aksi, Manchester City meminta penalti kerana mendakwa bola terkena tangan Reece James. Namun pengadil tidak memberikannya. VAR kemudian memeriksa insiden itu, dan tiada penalti diberikan.

Pada minit ke-68, Manchester City mencipta peluang gol dengan satu cut back. Tetapi kapten Chelsea berjaya melakukan pintasan berkelas dunia, di hadapan penjaga gol. Dalam situasi tiada margin langsung untuk kesilapan, atau tertampan bola ke gawang sendiri.

5 minit kemudian, chelsea berpeluang menambah gol. Havertz dengan bijaknya melorongkan bola kepada pemain yang baru masuk, Pulisic. Tetapi bintang asal Amerika Syarikat itu gagal menyudahkan peluang 1 lawan 1.

Raheem Sterling akhirnya berjaya melepasi Reece James buat pertama kalinya dan melakukan hantaran rendah, malangnya tiada pemain menyambar bola tersebut.

Pada minit ke-89, City sekali lagi mencipta peluang gol. Namun Christensen memastikan bola itu dikeluarkan sebaik sahaja menghadang percubaan Foden dari dalam kotak penalti.

Pengadil memberikan 7 minit masa kecederaan.

Mahrez melakukan voli ketika aksi berbaki seminit. Dan ianya liar.

Chelsea akhirnya memenangi UCL kedua dalam sejarah kelab mereka. Manchester City terus kempunan terutam sekali Sergio Aguero yang akan meninggalkan kelab untuk ke Barcelona.

Pep Guardiola terus kemarau UCL selepas kali terakhir memenanginya dengan Barcelona pada 2011.

Tuchel memenangi piala terbesar dalam kariernya dan melebarkan lagi rekod cemerlangnya ke atas Guardiola sejak tiba di England.

Impian City untuk menamatkan musim ini dengan treble berakhir. Dan Man United kekal menjadi kelab tunggal England dengan treble.