Gol flying kick Haaland telah memberikan kemenangan 3 mata buat Manchester City dalam aksi kedua Liga Juara Juara Eropah menentang Borussia Dortmund.

Erling Haaland menghantui bekas kelabnya ketika Manchester City sekali lagi dipaksa bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Borussia Dortmund 2-1. Kemenangan yang penting dalam usaha mereka mahu mara awal ke pusingan kalah mati.

Haaland sebenarnya berjaya didiamkan hampir sepanjang perlawanan oleh pertahanan Dortmund. Namun ada satu momen magis pada minit minit akhir perlawanan, Haaland terus menggunakan kesempatan itu untuk menjadikan dirinya wira.

Gol minit ke-84 dengan flying kick Haaland telah membuatkan Etihad euforia. Kredit kepada assist luar biasa daripada Joao Cancelo dengan kaki luarnya / outside of the boot.

Haaland kini telah menjaringkan 13 gol dalam lapan perlawanan kompetitif pertamanya untuk City sejak mereka menebus klausa pembelian £51 juta daripada pasukan gergasi Jerman itu.

Jude Bellingham telah memberikan Dortmund pendahuluan  hanya selepas 11 minit separuh masa kedua bersambung.

Namun 10 minit terakhir perlawanan telah mengubah nasib Manchester City.

John Stones melakukan sepakan roket dari luar kotak penalti untuk menyamakan kedudukan dengan aksi penjagaan gol yang lemah daripada Alexander Meyer.

Haaland kemudian – entah bagaimana dia tiba tiba muncul dan menghulurkan kakinya – menyambar hantaran lintang Joao Cancelo dan menewaskan Meyer. Gol itu adalah gol terakhir dalam perlawanan ini dan gol kemenangan untuk City.

Kemenangan itu menyaksikan City melebarkan jurang pendahuluan tiga mata di puncak Kumpulan G, dengan Dortmund masih di tempat kedua selepas FC Copenhagen dan Sevilla bermain seri 0-0 di ibu negara Denmark itu.

Bellingham sebelum ini memang sudah memberitahu wartawan bahawa dia tidak tahu cara untuk menghentikan Haaland. Walaupun rakan sepasukannya Nico Schlotterbeck menyatakan bahawa dia ada cara untuk menyimpan Haaland di dalam koceknya.

Malang sekali apabila Schlotterbeck kemudiaj menjadi saksi depan mata gol luar biasa Erling Haaland.

Haaland kini melebarkan rekod luar biasanya dalam UCL. Pada usianya baru 22 tahun, pemain itu sudah menjaringkan 26 gol daripada 22 perlawanan UCL.

Haaland menjaringkan dalam setiap perlawanan berdepan pasukan UCL yang ditentangnya kecuali Ajax dan Man City. Kini Dortmund di dalam senarai beliau selepas flying kick Haaland yang memukau.