Anthony Elanga sekali lagi masuk sebagai pemain gantian dan menjaringkan gol untuk Manchester United.

Sebelum ini Elanga menjadi penjaring gol ke atas Leeds untuk melengkapkan kebangkitan United selepas terikat 2-2 dalam perlawanan tersebut dan menang 4-2.

Bertempat di Wanda Metropolitano, Manchester United berdepan dengan Atletico Madrid untuk aksi pertama peringkat 16 akhir Liga Juara Juara Eropah.

Joao Felix meletakkan pasukan tuan rumah di hadapan seawal minit ke-6. Ini selepas Felix melepasi kawalan pertahanan lawan dan menyempurnakan hantaran lintang Renan Lodi.

Bruno Fernandes cuba membalas gol itu dengan rembatan dari luar kotak penalti pada minit ke-14, namun tersasar.

Manchester United bergelut sepanjang separuh masa pertama. Dengan tidak ada percubaan tepat dihasilkan mereka.

Renan Lodi terus memberikan masalah kepada Lindelof yang secara mengejutkan, diarahkan bermain bek kanan. Lodi mengacah Lindelof untuk percubaan pada minit ke-33. Namun tersasar.

Sebelum wisel rehat, berpunca daripada sepakan percuma, Renan Lodi berlari untuk melakukan hantaran yang disambut oleh Vrsaljko. Namun tampanannya terkena palang gol.

Pada separuh masa kedua, Atletico dan Man United terus bergelut untuk mencari gol.

Sehinggalah pada minit ke-79 apabila pemain gantian, Anthony Elanga menerima hantaran leret Bruno Fernandes dan terus menyempurnakannya. 1-1 untuk kedua dua pasukan.

Pada minit ke-86, Atletico menyaksikan satu lagi percubaan mereka terkena palang. Kali ini menerusi Griezmann.

Tamat perlawanan, Atletico 1 Man United 1.