Liverpool mengesahkan kemaraan ke pusingan kalah mati selepas berjaya menwaskan Atletico Madrid 2-0 di Anfield.

Liverpool sebelum ini menang 2-3 di Wanda Metropolitano dengan seorang pemain Atletico dibuang padang.

Di Anfield, Atletico sekali lagi beraksi dengan 10 pemain selepas Felipe dilayangkan kad merah kerana kekasaran ke atas Sadio Mane.

Terdapat banyak teori tentang kad merah itu. Ada yang mendakwa, sikap biadap Felipe yang tidak menghormati pengadil dikatakan antara punca.

Liverpool bermula dengan dominan di hadapan penyokong mereka sendiri.

Trent Alexander Arnold membuktikan kenapa beliau adalah pemain bek sisi paling kreatif di dunia pada ketika ini. Di mana beliau mencipta 2 assist kepada rakannya.

Pertama adalah gol Diogo Jota pada minit ke-13, di mana hantaran lintang beliau berjaya ditanduk oleh Jota.

Seterusnya, Sadio Mane turut menyempurnakan hantaran Trent Alexander Arnold, kali ini menerusi hantaran rendah.

Liverpool berpeluang untuk menambah gol menerusi Jota sekali lagi. Namun tandukannya ditangkap kemas oleh Oblak.

Jota turut menyaksikan 1 gol beliau dibatalkan oleh VAR kerana ofsaid.

Kemenangan ini meletakkan Liverpool terus berada di kedudukan teratas kumpulan B dengan 12 mata.

Dalam satu lagi perlawanan, FC Porto dan AC Milan terikat 1-1.

Menyaksikan AC Milan boleh dikira sudah mustahil untuk mara ke pusingan seterusnya. Hanya cuba menghidupkan peluang ke pusingan kalah mati UEL.