Gol kemenangan lewat Phil Foden membolehkan Manchester City menang tipis ke atas Borussia Dortmund dalam aksi pertama suku akhir Liga Juara Juara Eropah di Stadium Etihad.

Harapan Man City untuk mara ke separuh akhir kelihatan masih belum cerah kerana mereka melepaskan 1 away goal kepada lawan ketika aksi berbaki 6 minit lagi. Gol itu merupakan gol penyamaan menjadikan kedudukan 1-1 pada minit ke-84.

Ianya selepas Kevin De Bruyne, melakukan percubaan cantik untuk meletakkan City di hadapan seawal minit ke-19.

De Bruyne terlibat dalam banyak aksi City pada kali ini. Beliau turut merencana gol kemenangan pasukannya dengan satu hantaran kemas kepada Gundogan yang kemudian disudahkan Foden.

Perlawanan turut dihiasai kontroversi apabila pengadil Romania, Ovidiu Hategan membatalkan gol penyamaan Jude Bellingham. Bekas pemain Man City, Jadon Sancho antara yang meluahkan kritikan secara terbuka.

Hategan merasakan Bellingham mengasari Ederson, namun ulang tayang pula memaparkan Ederson telah membentes pemain remaja itu. Hategan malah menolak untuk menggunakan VAR bagi menilai semula keputusannya.

Manchester City turut dinafikan penalti mereka oleh VAR.

Manchester City sedar bahawa tugasan mereka bukan mudah pada pusingan kedua. City berusaha menamatkan kemarau panjang tanpa UCL dalam sejarah kelab mereka, terutama sekali pada era pemilikan Sheik Mansour.

Selepas tamat perlawanan, Pep Guardiola menyatakan bahawa mereka akan berkunjung ke Signal Iduna Park untuk menang.

Pep berkata: “Dortmund adalah pasukan tipikal dari UCL. Kita masih ada satu perlawanan di tempat mereka dan dengan keputusan 2-1, kita akan cuba menjaringkan gol dan menang.”

“Kita akan cuba menganalisis apa yang kita mahu lakukan seperti mana kita biasa lakukan dalam 4 atau 5 bulan sebelum ini. Semua perlawanan yang kami mainkan adalah untuk kami cuba menangi.”

Baca juga artikel:

UCL: Real Madrid Benam Liverpool 3-1

Simeone Optimis Atletico Akan Menjuarai La Liga Musim Ini

Selepas Mbappe, Neymar Pula Tangguh Tandatangan Kontrak Baharu Di PSG Kerana Messi