Ajax Amsterdam memberikan aksi luar biasa dalam kumpulan C berdepan dengan pasukan pilihan Borussia Dortmund di Amsterdam.

Bertempat di Arena Johan Cruyf, pasukan Ajax menang besar 4-0 ke atas pasukan dari Jerman. Meneruskan rentak kemenangan mereka selepas menang ke atas Besiktas dan Sporting CP.

Dua gol pada separuh masa pertama dan dua gol pada separuh masa kedua benar benar mengingatkan kita kepada Ajax beberapa tahun yang lalu, ketika impian mereka dibunuh Lucas Moura dengan gol pada minit ke-90+6

Di mana pada musim 2018/19 tersebut Ajax memperagakan aksi yang sangat menarik dan mengalahkan beberapa pasukan gergasi yang lain.

Erik Ten Haag sendiri menyatakan bahawa mereka mengambil motivasi daripada musim tersebut untuk bangkit pada musim ini.

Erling Haaland yang mengetuai jentera serangan BvB buntu sepanjang malam. Malah kapten mereka Marco Reus tertampan bola ke gawang sendiri pada minit ke-11.

Pada minit ke-25, Daley Blind menambah satu lagi gol menerusi rembatan cantik. Blind menerima lay off daripada Haller dan melakukan rembatan kilas dengan bahagian kasut luar.

Sebastian Haller yang sebelum ini pernah terlepas pendaftaran dalam aksi UEL musim lalu kerana kesilapan teknikal pegawai Ajax, kali ini terus menunjukkan aksi tajamnya.

Selepas membantu mencipta gol Blind, beliau kemudian memenangi bola untuk mencetuskan gol Anthony pada minit ke-57. Satu teknik lencongan mendatar.

Bekas pemain West Ham itu kemudian meletakkan namanya sendiri dalam senarai penjaring gol dengan tandukan.

Gol itu menjadikan Haller sebagai pemain paling efektif di atas padang dengan 1 gol, 2 assist dan 5 ciptaan peluang.

Haller kini sudah menjaringkan 6 gol dalam UCL, sekaligus menjadikan beliau sebagai pendahulu senarai untuk merebut kasut emas UCL musim ini.

Kemenangan ini membolehkan Ajax berada di tangga teratas kumpulan C dengan 3 kemenangan daripada 3 perlawanan.

Baca juga artikel

UCL: Liverpool Berjuang Mati Matian Untuk Tewaskan 10 Pemain Atletico

TERKINI: Kelab EPL Halang Newcastle Dapat Tajaan Luar Biasa Dari Syarikat Minyak Saudi

Vieira Perit Terima Keputusan Seri Selepas Pemain Pamerkan DNA Palace Yang Baru