Perlawanan separuh akhir UCL di antara PSG dan Man City sememangnya ditunggu tunggu dengan kedua dua pasukan sarat dengan bintang.

Aksi separuh masa pertama milik PSG, namun pada separuh masa kedua pasukan bimbingan Mauricio Pochettino tidak keruan dan hilang arah.

Berbalik kepada aksi separuh masa pertama, Angel Di Maria memberikan masalah besar kepada Manchester City – ketika perhatian dilebihkan kepada Neymar dan Mbappe.

Namun kisah di separuh masa kedua, kesemua pemain PSG boleh dikatakan tidak bermaya. Mulai melakukan faul yang tak perlu, menunjukkan mereka dalam tekanan.

PSG mendahului menerusi gol oleh Marquinhos yang melakukan free header. Pemain berbadan kecil itu sekali lagi membuktikan keupayaan beliau menyerang ruang dalam situasi bola mati.

Dalam sejarah UCL, hanya ada 3 pemain yang skor dalam suku akhir dan separuh akhir iaitu Cristiano Ronaldo, Antoine Griezmann dan Marquinhos.

Pochettino pastinya tidak gembira dengan gol penyamaan PSG. Di mana tak ada seorang pun pemainnya memintas bola ataupun mengeluarkan bola sepakan percuma oleh Kevin De Bruyne – yang jelas ianya satu hantaran lintang.

De Bruyne terus menghantui PSG setiap kali berhadapan dengan mereka.

Tetapi kami yakin Pochettino lagi bengang dengan cara gol kedua City terhasil. Di mana sepakan percuma Riyad Mahrez berjaya melepasi celahan benteng PSG. Sepakan percuma itu adalah paras dada, dan tidak sepatutnya benteng PSG lolos begitu mudah.

Reaksi Keylor Navas menceritakan betapa memalukan benteng seperti itu dalam aksi separuh akhir UCL. Ianya dianggap kesalahan amatur.

Keadaan menjadi lebih teruk apabila Idrissa Gueye dibuang padang kerana menapak Ilkay Gündoğan dari belakang. Bermakna beliau terlepas aksi kedua nanti.

City menamatkan saingan dengan kemenangan 2-1 di tempat lawan. Dan ianya mencerahkan mereka ke final buat pertama kali.

Namun perlawanan ini masih lagi ada 90 minit. PSG harus menjaringkan 2 gol di Etihad untuk memansuhkan dahulu kelebihan gol tempat lawan dibawa City.

Rekod opta pastinya menggerunkan PSG. Di mana 47 aksi terakhir pasukan England menang di tempat lawan pada perlawanan pertama kalah mati, mereka akan mara – atau lebih tepat – kesemuanya mara!

Adakah Man City akan meneruskan tradisi ini?

Baca juga artikel

Guardiola Tak Lena Memikirkan Neymar Dan Mbappe

Marcelo Yakin Real Madrid Akan Pamer Taring Sebenar Di Stamford Bridge

Leipzig Mahu Bayern Bayar €25 Juta Untuk Beli Nagelsmann