Pada kedudukan terkini, Chelsea tercorot dalam kumpulan kumpulan E selepas hanya mengutip 1 mata daripada 2 perlawanan.

Graham Potter memulakan eranya di Chelsea dengan keputusan Chelsea seri dengan RB Salzbur. Meletakkan pasukannya dalam kedudukan untuk melakukan tugas berat untuk layak ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara Eropah.

Potter mengambil alih daripada Thomas Tuchel yang dipecat walaupun hanya selepas 7 perlawanan.

Dalam penampilan sulung beliau dalam UCL, bekas pengurus Brighton itu menggunakan kesebelasan terkuat yang beliau miliki pada masa ini.

Harus diakui, ianya merupakan persembahan yang lebih baik daripada aksi sebelum ini, ketika kekalahan Chelsea kepada Dinamo Zagreb dalam perlawanan pembukaan Kumpulan E minggu lalu, yang menandakan penamat kepada bekas pengurus Thomas Tuchel.

Chelsea memperbaiki beberapa aspek permainan mereka yang hilang. Namun masih gagal mendapatkan yang terbaik daripada pemain seperti Kai Havertz dan Mason Mount.

Chelsea sempat mendahului di hadapan menerusi Raheem Sterling yang melencongkan bola rendah ke gawang Salzburg.

Tetapi skuad bimbingan Matthias Jaissle dari Austria mendapat gol penyamaan pada minit ke-75 apabila Thiago Silva gagal memenangi bola ketika melakukan terjahan, membolehkan Noah Okafor menyumbat hantaran lintang rendah Junior Adamu.

Reece James hampir menjaringkan gol kedua Chelsea menerusi sepakan percuma yang dirancang licik sekali.

Perlawanan berakhir seri dengan kedua dua pasukan terus buntu untuk mendapatkan gol kedua.

Berikutan kemenangan 3-1 AC Milan sebelum ini ke atas Zagreb, Chelsea tercorot dalam Kumpulan E selepas dua perlawanan dengan juara Serie A itu akan menjadi lawan seterusnya mereka di Stamford Bridge pada 5 Oktober.

Potter berpuas hati dengan prestasi para pemainnya hari ini. Dan bertekad untuk memperbaiki lagi prestasi mereka.