Liverpool memuktamadkan kelayakan mereka ke pusingan kalah mati selepas kemenangan berharga ke atas Ajax dalam aksi Liga Juara Juara Eropah bagi kumpulan D.

Jurgen Klopp menurunkan Caoimhin Kelleher di gawang. Ternyata pemain akademi itu memberikan prestasi luar biasa.

Ajax menguasai 56% perlawanan. Namun Liverpool ternyata pasukan lebih tajam. Kedua dua pasukan memiliki kreativiti yang setara dalam perlawanan ini.

Liverpool sedar, kemenangan akan memberikan mereka kelegaan untuk mara. Selepas aksi hambar berdepan Atalanta sebelum ini.

Curtis Jones melakukan ancaman seawal minit kedua sebaik sahaja menerima hantara Diogo Jota.

Tidak lama selepas itu Jones melakukan percubaan yang terkena tiang gol. Di mana Onana hanya mampu melihat bola.

Ajax mendapat peluang gol pada minit ke-21. Davy Klaassen menanduk bola umpanan silang David Neres. Namun Caoimhin Kelleher melakukan penyelamatan yang kemas.

Klaassen juga sebenarnya sudah berada di posisi ofsaid,

Memasuki minit ke-31, Ajax hampir di hadapan menerusi Noussair Mazraoui. Namun rembatan deras pemain itu bisa ditepis oleh Kelleher.

Liverpool membalas serangan. Kali ini Robertson mendapat peluang selepas menerima hantaran Sadio Mane. Namun pemain itu gagal melakukan percubaan tepat.

Perlawanan separuh masa pertama berakhir dengan kebuntuan kedua dua pasukan.

Namun pada separuh masa kedua, tidak disangka sangka penjaga gol Ajax melakukan blunder yang pelik.

Di mana Onana hanya membiarkan sahaja Neco Williams. Mungkin Onana terlalu yakin tidak ada pemain Liverpool menyambar bola itu.

Jones yang melakukan larian lewat melakukan tandukan yang terus masuk.

https://twitter.com/i/status/1333883253196009480

Gol itu membuatkan Ajax tertekan untuk mencari gol penyamaan.

Dan pertahanan Ajax sekali lagi bergelut dan hampir dihukum oleh Mohamed Salah. Kali ini Onana melakukan aksi menyelamat.

Pada minit ke-83, permainan kombinasi kemas Liverpool membolehkan mereka melepaskan Firmino secara 1 lawan 1. Sayang sekali pemain antarabangsa Brazil itu tak mampu menewaskan Onana.

Pada minit ke-87, Kelleher melakukan satu aksi save memukau. Menafikan percubaan penyerang veteran, Klaas Jan Huntelaar.

Liverpool menang 1-0 dan mara ke pusingan kalah mati. Selepas tamat perlawanan, Onana mengakui kesilapannya dan bertanggungjawab di atas kekalahan itu.

Namun nasib Ajax tidak seteruk yang disangka. Kerana dalam satu lagi perlawanan Atalanta sekadar seri dengan Midtjylland. Ini bermakna Ajax dan Atalanta masih perlu membuat perhitungan terakhir untuk menentukan siapa bakal mengiringi Liverpool.

Lebih menarik perlawanan seterusnya, kedua dua pasukan akan bertemu.

Berikut kedudukan semasa selepas 5 perlawanan:

dds

Siapa yang anda akan mara di antara Ajax atau Atalanta?

Baca juga perkembangan lain

Cavani Minta Ampun

Arteta Pertahankan Tindakannya, Selepas Dikecam Kerana Tak Keluarkan Luiz Walaupun Cedera Di Kepala

Memanggil Kawannya Negr*to Di IG, Cavani Kini Disiasat FA