3 gol tandukan daripada dua perlawanan timbal balik oleh Karim Benzema benar benar menceritakan bagaimana kepala Benzema menjadi senjata paling menyakitkan Chelsea.

Juara bertahan, Chelsea sebenarnya berjaya mencipta kebangkitan dalam perlawanan ini termasuk mendahului secara agregat pada satu ketika.

Tetapi Real Madrid membalas 3 gol pendahuluan Chelsea dengan 2 gol untuk mara ke separuh akhir.

Bertempat di Santiago Bernabeu, Mason Mount terlebih dahulu meletakkan Chelsea di hadapan menerusi satu lencongan cantik selepas menerima hantara Timo Werner pada minit ke-15.

Gol itu benar benar menaikkan semangat Chelsea untuk mencipta kebangkitan di Bernabeu.

Pada separuh masa kedua, hanya enam minit selepas wisel mula, Antonio Rudiger menjadikan kedudukan 0-2. Sekaligus menyamakan agregat 3-3. Peraturan baharu UCL musim ini adalah tiada lagi peraturan gol tempat lawan.

Pada minit ke-64, Marcos Alonso berjaya menjaringkan gol cantik dari jarak dekat. Namun ditarik balik oleh VAR kerana handball.

Detik itu benar benar melegakan Real Madrid yang kebuntuan.

Tetapi, Chelsea mendapat gol yang sah pada minit ke-75. Kali ini Timo Werner menyempurnakan hantaran bekas pemain Real Madrid, Kovacic.

Chelsea berada di depan secara agregat.

Malangnya, skuad bimbingan Thomas Tuchel itu akhirnya leka. Mereka melepaskan bolos hanya 5 minit kemudian. Rodrygo menerima hantaran cantik daripada Luka Modric dan menyempurnakannya untuk menyelamatkan Real Madrid daripada tersingkir.

Aksi dilanjutkan ke masa ekstra.

Pada masa ekstra 90+6, Karim Benzema menjadi mimpi ngeri Chelsea sekali lagi. Ini apabila penyerang antarabangsa Perancis itu menanduk masuk hantaran lintang Vinicius Jr.

Ini adalah gol keempat Benzema dalam dua pertemuan dengan Chelsea. Ia juga gol tandukan yang ketiga oleh Benzema dalam dua aksi timbal balik.

Prestasi Benzema inilah yang membuatkannya menjadi antara calon Ballon d’Or musim ini.

Chelsea mendapat beberapa peluang selepas itu namun gagal disempurnakan. Jorginho merembat liar bola dari dalam kotak penalti.

Sepanjang perlawanan Chelsea melakukan 28 percubaan namun hanya 2 gol sahaja dihasilkan menerusi 7 percubaan tepat.

Tamat perlawanan Real 2 Chelsea 3, dan Real mara secara agregat 5-4.

Walaupun tersingkir namun usaha Chelsea dalam aksi kedua ini wajar diberikan pujian. Mereka bermain dengan sangat baik dan penuh semangat. Sayangnya, mereka terleka selepas mendahului secara agregat.