Bayern Munich kini menyertai Liverpool untuk berada di kelab pasukan menang 6 UCL.

Dalam aksi final yang berlangsung di Lisbon, skuad bimbingan Hansi Flick berjaya menewaskan PSG dengan jaringan 1-0.

Bayern dan PSG bermula dengan seimbang pada awalnya. Namun selepas itu Bayern tampil dengan penguasaan bola yang lebih tinggi.

Kedua dua pasukan gagal menjaringkan gol pada separuh masa pertama

Alcantara memiliki peluang untuk meletakkan pasukannya di hadapan, namun percubaannya tak tepat.

Neymar kemudian memiliki peluang keemasan pada minit ke-18, di mana beliau menerima umpanan cantik daripada Kylian Mbappe.

Tetapi Manuel Neuer sangat cemerlang dalam perlawanan ini. Neuer menafikan percubaan Neymar dengan hadangan kakinya.

Tiba pada minit ke-22, Lewandowski memiliki peluang pertama beliau. Di mana beliau melakukan putaran badan dan merembat cantik. Rembatan itu sudah menewaskan Keylor Navas tetapi terkena tiang.

Pada separuh masa kedua, Bayern Munich tampil dengan lebih intensif. Pada minit ke-59, bekas pemain muda PSG, Kingsley Coman meletakkan Bayern di hadapan menerusi tandukan bebas – hasil umpanan Joshua Kimmich.

PSG agak bergelut untuk mengimbangi penguasaan Bayern dan banyak bergantung kepada serangan balas. Neymar berdepan dengan malam yang sukar.

PSG mendapat peluang sekali lagi menerusi umpanan Angel Di Maria kepada Marquinhos. Sekali lagi gaya klasik Manuel Neuer menafikan percubaan daripada situasi satu lawan satu.

Pada minit akhir perlawanan, PSG memiliki peluang keemasan untuk menyamakan kedudukan selepas Neymar melorongkan kepada Choupo Moting, tetapi pemain itu gagal melakukan sentuhan kepada bola.

Tamat perlawanan, Bayern Munich dinobat sebagai juara. PSG sekali lagi gagal untuk menjulang piala yang menjadi sasaran utama mereka.

Bayern menamatkan musim ini dengan treble. Bayern juga menamatkan saingan dengan rekod kemenangan dalam semua perlawanan UCL musim ini.

Baca juga perkembangan lain

Flick Akui PSG Sangat Menakutkan, Namun Bayern Tak Akan ‘Parking Bas’

Carragher Berikan Komen Isu Lukaku Enggan Ambil Pingat Naib Juara

Ejen Jemput Ronaldo, Messi Sertai Neymar Di PSG & Jangan Ragui Ekonomi Qatar

 

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group