Robert Lewandowski gagal mencatatkan sebarang percubaan dalam perlawanan pertama dalam pertemuan antara Bayern Munich dengan RB Salzburg.

Namun di Stadium Allianz Bayern, penggempur prolifik asal Poland itu berjaya mencetak hatrik dalam 23 minit pertama perlawanan.

Bayern Munich dihadiahkan sepakan penalti sebanyak dua kali pada minit ke-12 dan minit ke-21. Dan kedua duanya disudahkan dengan sebaik mungkin oleh Lewandowski.

Pada minit ke-23, berpunca daripada kesilapan penjaga gol lawan, Lewandowski yang menekan Kohn dan berjaya memenangi bola. Bola yang awalnya melantun pada tiang gol kemudian dengan mudah ditolak masuk oleh Lewandowski.

Menjadikannya sebagai hatrik terpantas dilakukan daripada sepak mula dalam aksi UCL.

Sebelum gol tersebut, Nicolas Seiwald memiliki peluang keemasan, namun rembatannya melambung tinggi.

RB Salzburg bermain sangat baik dalam perlawanan pertama, mengikat Bayern 1-1 di tempat mereka sendiri. Namun di Munich, mereka gagal mempamerkan karakter yang sama dan berterusan melakukan kesilapan kesilapan mudah.

Serge Gnabry kemudian menjadikan kedudukan 4-0 pada minit ke-30 dengan rembatan yang gagal ditepis kemas oleh penjaga gol.

Pada awal separuh masa kedua, Thomas Muller meletakkan Bayer 5-0 apabila melakukanย turningย dan melepaskan rembatan deras menewaskan Kohn.

RB Salzburg akhirnya mendapat 1 gol saguhati menerusi Kjaergaard pada minit ke-69.

Bayern meledak lagi dengan 2 gol selepas itu menerusi Thomas Muller pada minit ke-83 dan Leroy Sane pada minit ke-85.

Tamat perlawanan, Bayern sekali lagi mencatatkan kemenangan dengan gol yang banyak dalam aksi pusingan 16 akhir Liga Juara Juara Eropah.