Barcelona menelan kekalahan terbesar mereka di Eropah dengan kekakalahan 2-8 di tangan Bayern Munich.

Inilah pertama kali juga untuk Barca bolos 8 gol selepas kali terakhir pada 1946 di tangan Sevilla – dalam Copa Del Rey.

Bayern menjadi pasukan pertama menjaringkan 8 gol dalam satu perlawanan kalah mati dalam UCL. Bermakna Barcelona memiliki rekod sebaliknya.

Segalanya serba menyakitkan untuk Barcelona. Lebih pedih apabila pemain yang dibeli €146 juta dan juga pemain yang cuba mereka singkirkan – Coutinho – masuk dan memberikan 3 sumbangan langsung kepada gol.

Di mana Coutinho menjaringkan 2 gol dan 1 assist sebaik sahaja masuk.

Bayern sangat garang dalam perlawanan ini. Dalam 27 minit pertama mereka sudah menunjukkan mereka sudah membunuh perlawanan ini. Di mana 3 gol dihasilkan.

Bayern Munich memulakan musim ini dengan penuh tak konsisten. Di mana mereka terpaksa memecat pengurus dan melantik Hansi Flick.

Namun selepas itu, Flick mengubah Bayern kepada pasukan yang selayaknya Bayern Munich.

Barcelona pula, ini musim penuh pertama Quique Setien. Jelas sekali Barcelona memerlukan pasukan yang lebih segar terutama sekali di bahagian tengah.

Kerapuhan barisan belakang Barcelona menentang Bayern Munich yang sangat agresif telah membuatkan kelab Catalan itu hilang punca.

Ramai yang memang meletakkan Bayern sebagai pasukan pilihan kali ini. Namun tak siapa menyangka Barcelona dikerjakan dengan seteruk ini.

Lionel Messi pun tak mampu berbuat apa apa. Kemasukan Antoine Griezmann juga tidak memberikan sebarang impak.

Die Roten masuk ke bilik persalinan separuh masa pertama dengan kedudukan 4-1. Pada minit ke-4, juara Bundesliga itu mendahului menerusi gol Thomas Meller.

Barcelona berjaya menyamakan kedudukan menerusi gol David Alaba sendiri pada minit ke-7.

Dan kemudian bermulalah pesta gol ole Bayern Munich. Mereka kemudian menjaringkan tiga gol berturut-turut menerusi sumbangan dari Ivan Perisic, Serge Gnabry, Thomas Mueller.

Pada separuh masa kedua, Barcelona mengurangkan jurang gol menerusi gol Luis Suarez 57 minit.

Namun kemudian Bayern Munich kembali mengamuk. Dan mencipta banyak peluang gol.

Minit ke-63, Joshua Kimmich menambah satu lagi gol selepas menerima bola daripada Alphonso Davies yang cantik.

Masuk minit ke-82 minit, Robert Lewandowski menyumbat satu gol menerusi tandukan jarak dekat selepas menerima hantaran lintang ringkas daripada pemain gantian, Coutinho.

Coutinho menambah 2 lagi gol ke atas ‘parent club’ beliau pada minit ke-85 dan minit ke-89.

cout

Tamat perlawanan, Bayern menang 8-2 dalam malam yang paling memalukan dalam sejarah bola sepak Barcelona.

Barcelona menamatkan musim tanpa trofi buat pertama kali sejak 2006/07.

Pasukan Hans-Dieter Flick layak ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah dengan prestasi yang sangat menggerunkan.

Mereka akan menanti pemenang di antara Man City dan Lyon.

Baca juga perkembangan lain

5 Perkara Tentang Nagelsmann, Pengurus Yang Mara Ke Semifinal UCL Pada Usia 33 Tahun

Setien: Lewandowski Belum Setaraf Messi

RASMI: Willian Milik Arsenal