Kylian Mbappe melakar sejarah ketika Paris Saint-Germain menempah tempat ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah selepas keputusan seri 1-1 menentang Barcelona di Parc des Princes pada hari Rabu.

Mbappe menjaringkan hatrik yang menakjubkan untuk membantu pasukan Mauricio Pochettino untuk menang 4-1 pada perlawanan pertama di Camp Nou bulan lalu dan pemenang Piala Dunia membuka tirai jaringan di Paris, dengan mencetak gol menerusi penalti pada minit ke-31.

Gol itu membolehkan Kylian Mbappe mengatasi Lionel Messi sebagai pemain termuda untuk menjaringkan 25 gol dalam pertandingan itu – berusia 22 tahun dan 80 hari.

Harapan Barca untuk menjadi pasukan pertama mara ke suku akhir selepas kalah dengan margin 3 gol di tempat sendiri daripada perlawanan pertama – tidak kesampaian. Barca pernah melakukannya sebelum ini ketika berdepan dengan PSG, bangkit dengan bergaya dengan kemenangan 6-1 setelah tewas 4-1 dalam perlawanan pertama.

Perlawanan bersejarah yang digelar La Remontada itu berlangsung di Nou Camp pada perlawanan kedua. Namun ianya ternyata tidak berulang kembali pada kali ini. Kerana PSG ternyata pasukan lebih unggul kali ini.

Ousmane Dembele bersalah kerana mensia-siakan sejumlah peluang baik dalam 20 minit pembukaan ketika Barca memulakan perlawanan dengan dominan dan menyerang.

Keylor Navas menafikan percubaan keras Sergino Dest sebelum Mbappe memberikan tuan rumah pada minit ke-31 minit.

Pemain antarabangsa Perancis itu menjaringkan gol menerusi sepakan penalti, setelah Clement Lenglet menjatuhkan Mauro Icardi.

Namun, Messi berjaya menyamakan kedudukan buat Barca tidak lama kemudian dengan jaringan menerusi rembatan jarak jauh yang menakjubkan menewaskan Navas. Itu adalah gol dari luar kotak penalti ke-19 oleh Messi.

Hanya Cristiano Ronaldo (20) yang telah menjaringkan lebih banyak gol Liga Juara-Juara dari luar kotak penalti berbanding kapten kebangsaan Argentina tersebut.

Messi seharusnya menambah satu lagi gol sebelum tamat separuh masa pertama setelah Layvin Kurzawa mengasari Antoine Griezmann di dalam kotak penalti.

Namun penalti Messio ditepis Navas. Itulah pertama kali penalti Messi diselamatkan penjaga gol lawan sejak Februari 2015.

Kemudian, Marquinhos menghalang Messi daripada menjaringkan gol dari jarak dekat dengan melakukan hadangan.

Secara keseluruhan Barcelona melakukan 21 percubaan ke arah gol. Berbanding hanya 7 oleh PSG. Seterusnya kelab Catalonia itu juga menguasai 73% perlawanan. Bukti bahawa mereka sudah sedaya upaya cuba mengejar agregat daripada perlawanan pertama.

Ini adalah pertama kali suku akhir Liga Juara Juara Eropah tanpa Messi atau Ronaldo selepas 16 tahun.

Saksikan rangkuman perlawanan di sini:

Baca juga perkembangan lain

UCL: Liverpool Singkir Leipzig Dengan Agregate 4-0

UCL: Pirlo Tak Risau Dipecat Kerana Dia Ada Projek Yang Bagus Untuk Kelab

UCL: 10 Pemain Porto Singkir Juventus