Barcelona terus mencatatkan keputusan yang tidak diingini musim ini. Ketiadaan Lionel Messi sebelum ini diakui oleh Koeman sebagai sukar untuk kelab kerana pemain itu banyak kali menutup kelemahan pasukan Barca dengan keupayaan individu luar biasa beliau.

Terbaru Barcelona dimalukan Benfica dengan kekalahan 3-0 dalam aksi kedua Liga Juara Juara Eropah. Sekaligus mencatatkan rekod buruk dua kekalahan daripada dua perlawanan setakat ini selepas mereka tewas di tangan Bayern pada perlawanan pembukaan.

Barcelona kini menghuni tangga tercorot kumpulan E dengan menjadi satu satunya pasukan yang masih belum mendapat sebarang mata daripada kumpulan tersebut.

Mimpi ngeri Barcelona terus bermula awal dalam aksi berdepan Benfica, di mana Darwin Nunez meletakkan tuan rumah di hadapan pada minit ke-9.

Dan seperti biasa, Barcelona mendominasi perlawanan namun pada masa yang sama tidak dapat menyempurnakan peluang yang mereka miliki.

Kesilapan Marc-Andre ter Stegen pada awal separuh masa kedua hampir sahaja dihukum oleh Darwin. Ini selepas Ter Stegen naik ke atas dan dia kehilangan bola. Malang buat Darwin kerana percubannya terkena tiang.

Barcelona terus bermasalah dengan pertahanan apabila mereka gagal mengekang asakan Benfica untuk gol kedua menerusi Rafa Silva.

Darwin Nunez memastikan tuan rumah 3 gol di hadapan menerusi penalti minit ke-79.

Lebih malang apabila pada minit akhir perlawanan, Eric Garcia dibuang padang.

Sekali lagi Barcelona kalah 3-0. Membuatkan mereka ketika ini sudah bolos 6 kali tanpa sebarang gol.

Kekalahan ini meletakkan masa depan Ronald Koeman kini dalam bahaya. Koeman sendiri menyatakan bahawa beliau tidak pasti sama ada pengurusan tertinggi akan terus memberikan kepercayaan ke atasnya selepas ini walaupun dia mendapat sokongan daripada pemain.

Fabrizio Romano menyatakan bahawa kedudukan Koeman sangat berisiko ketika ini.

Saksikan rangkuman perlawanan di sini: