Rekod cemerlang Liverpool dalam semua pertandingan di Anfield untuk 90 minit berakhir di tangan Atalanta dalam aksi Liga Juara Juara Eropah.

Kali terakhir pasukan lawan menang dalam aksi 90 minit di Anfield adalah pada September 2018, ketika Chelsea menang 2-1 di Anfield.

Di mana ketika itu Hazard menjaringkan salah satu gol ikonik di dalam kariernya.

Kini Liverpool cuma masih mengekalkan rekod cemerlang di Anfield dalam saingan Liga Perdana Inggeris dengan 64 perlawanan masih tak kalah.

Atalanta turut menjadi pasukan Itali pertama yang menang di Anfield.

Dalam aksi yang berlangsung pada awal pagi tadi, Atalanta menunjukkan persembahan cemerlang. Pada separuh masa pertama skuad bimbingan Gian Piero Gasperini memberikan masalah kepada Liverpool.

Mereka jelas pasukan yang lebih agresif dan juga berdisiplin.

Skuad bimbingan Jurgen Klopp tidak mencatatkan sebarang percubaan ke arah gol untuk tempoh yang lama. Dan hanya melakukan 1 percubaan sahaja pada separuh masa pertama.

Atalanta menjaringkan dua gol dalam jarak 4 minit antara minit ke-60 dan ke-64 pada separuh masa kedua.

Josip Ilicic membuka tirai jaringan pada minit ke-60.  Selepas kawalan lemah ke atasnya membolehkah Ilicic menyambut hantaran rakannya.

https://twitter.com/i/status/1331710735207059461

Atalanta menghukum Liverpool sekali lagi, juga menerusi hantaran lintang. Kali ini Gosen menyambut bola yang ditanduk oleh rakannya selepas menyambung hantaran lintang dan terus ke gol.

Klopp cuba melakukan beberapa perubahan selepas itu, namun hasilnya masih menghampakan.

Liverpool gagal mencatatkan sebarang percubaan tepat sepanjang malam di Anfield.

Perlawanan berakhir dengan kekalahan 0-2 Liverpool di tangan Atalanta. Hanya beberapa hari selepas aksi cemerlang mereka ke atas Leicester dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Liverpool masih kekal di tangga teratas. Namun persaingan untuk mara ke pusingan seterusnya adalah terbuka kepada 3 pasukan.

stna

Baca juga perkembangan lain

TERKINI: Maradona Meninggal Dunia Pada Usia 60 Tahun

Evra Tak Akan Panggil Liverpool Pasukan Hebat Selagi Lagi Tak Ulangi Pencapaian Manchester United

UCL: Giroud Masuk Dan Menjaringkan Gol Kemenangan Masa Kecederaan