Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) bersetuju untuk memindahkan venue perlawanan Final Liga Juara-Juara 2020/21. Perlawanan akhir antara Manchester City vs Chelsea sebelum ini dijadualkan akan diadakan di Stadium Olimpik Atarturk, Istanbul, Turki.

Walau bagaimanapun, pandemik Covid-19 yang melanda Turki, membuatkan UEFA mempertimbangkan untuk memindahkan venue bagi perlawanan final pertandingan paling berprestij di Eropah itu.

UEFA bersetuju untuk mengadakan Final Liga Juara-Juara 2020-2021 di Stadium Dragao, Portugal. Keputusan ini tentunya diambil setelah pihak UEFA berunding dengan pemerintah tempatan negara tersebut.

Stadium Dragao, yang terletak di Porto, menjadi pilihan kerana Portugal termasuk dalam senarai negara dengan risiko paling rendah wabak Covid-19.

Sebelum ini England menerusi FA mereka menawarkan diri sebagai tuan rumah kepada final ‘all English’ tersebut yang akan mempertemukan Manchester City dan Chelsea.

Mereka berpendapat bahawa peningkatan kes Covid-19 di Turki dapat menjadi pertimbangan bagi UEFA untuk memindahkan tempat pesta teratas di Stadium Wembley di London.

Sebelum ini UEFA sudah merancang agar aksi final akan diadakan dengan kemasukan penyokong seramai 8,000 orang. Tetapi situasi ketika ini Britain telah melabel Turki sebagai zon merah dan larangan penerbangan ke Turki buat masa ini.

Selain itu, bagi mereka yang tiba dari Turki ke Britain, mereka perlu menjalani kuarantin wajib 10 hari.

Turki malah sudah mengenakan lockdown di negara mereka sehingga 17 Mei ini.

Menteri Pengangkutan UK berkata: “Negara zon merah adalah negara yang tidak boleh dikunjungi kecuali dalam keadaan yang paling ekstrem, di mana ujian covid dan pengasingan berulang di hotel yang telah ditetapkan oleh kerajaan.”

“Penduduk bukan Inggeris yang berada di negara merah dalam 10 hari terakhir akan dilarang memasuki UK buat masa ini.”

Namun UEFA akhirnya memutuskan bahawa final kali ini bukan di England mahupun di Turki tetapi di Portugal.

Baca juga artikel

TERKINI: FA Inggeris Mahu Final UCL Diadakan Di England Kerana Situasi Semasa Di Turki Dilabel Zon Merah

TERKINI: Bayern Munich Mahukan Sancho Dari Kelab Musuh Utamanya

Peminat Persoal, Adakah Tuanzebe Dikenakan Tindakan Kerana Memakai ‘Smart Watch’?

 

 

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group