Undian untuk suku akhir Liga Juara Juara Eropah akan dilangsungkan pada 10 Julai ini dari pejabat urusan UEFA di Nyon, Switzerland.

Buat masa ini, Liga Juara Juara Eropah masih terekat di peringkat 16 akhir dengan perlawanan seperti Real Madrid dan Man City antara yang masih menjadi tumpuan.

City membawa agregat 2-1 daripada perlawanan pertama. Sudah pastinya ia menjadi perlawanan tumpuan dalam usaha Pep Guardiola mahu menjulang UCL bersama City.

Lagipun pasukan tersebut masih belum pernah menjuarainya.

UEFA menyatakan ketika ini mereka akan melakukan undian seperti biasa. Namun venue untuk aksi suku akhir dan separuh akhir akan diadakan di Lisbon, Portugal, pada Ogos.

Undian juga akan menentukan pasukan mana yang berstatus ‘home’ dalam perlawanan itu nanti.

Kesemua aksi adalah kalah mati satu perlawanan sahaja. Tidak ada timbal balik.

Perlawanan akan diadakan di venue Estadio do Sport Lisboa e Benfica (venue perlawanan akhir) dan Estádio José Alvalade.

https___www.mancity.com_meta_media_avxhqjvv_ucl-draw

Undian ini anda boleh ikuti secara strim atas talian daripada laman rasmi UEFA. Dan biasanya, saluran berbayar seperti Astro ada menayangkannya.

Bagi beberapa aksi peringkat 16 pasukan akhir – bagi second leg akan berlangsung pada 7 atau 8 Ogos hadapan.

Pasukan yang sudah mara ke suku akhir adalah seperti berikut:

  • Atalanta (ITA)
  • Atlético (ESP)
  • Leipzig (GER)
  • Paris Saint-Germain (FRA)

Manakalah berikut adalah senarai pasukan yang masih belum menamatkan saingan 16 akhir.

  • Chelsea (ENG) / Bayern München (JER)
  • Napoli (ITA) / Barcelona (ESP)
  • Real Madrid (ESP) / Manchester City (ENG)
  • Lyon (FRA) / Juventus (ITA)

Tarikh suku akhir:

Rabu 12 Ogos/ Khamis 13 Ogos

Jumaat 14 Ogos / Sabtu 15 Ogos

Separuh akhir

Selasa 18 Ogos / Rabu 19 Ogos

Final

Ahad 23 Ogos di Estádio do Sport Lisboa e Benfica, Lisbon.

Baca perkembangan lain dari Eropah

Jose Mourinho Tembak Media Sosial Arsenal

Klopp Beri Amaran Kepada Pemain Agar Tidak Mengejar Rekod City Dan Sunderland

Pulisic Persis Hazard? Ini Komen Lampard