Pengurus skuad kebangsaan UAE, Bert Van Marwijk hari ini telah mengumumkan senarai awal 35 pemain yang telah dipanggil sertai kem latihan pusat sebagai persiapan menghadapi Kelayakan Piala Dunia 2022 di Dubai.

Majoriti pemain akan menyertai pasukan pada hari sabtu ini dan mereka dijadualkan menentang Jordan dalam perlawanan persahabatan antarabangsa pada 24 Mei.

Berdasarkan senarai pemain tersebut, bintang tengah UAE, Omar Abdulrahman tidak dipanggil kali ini bersama penyerang prolifik, Ahmed Khalil. Kedua-dua pemain itu mengalami kecederaan dan sedang bergelut untuk pulih.

Marwijk turut menyenaraikan 3 pemain naturalisasi iaitu Fabio de Lima, Caio Caneda dan Sebastian Tagliabue bersama penjaring terbanyak, Ali Makhbout. Dua bintang muda yang sedang meningkat naik, Harib Abdallah dan Abdullah Hamad turut dipanggil.

UAE kini berada di kedudukan ke-4 dalam kumpulan G dengan 6 mata dan mereka menyasarkan untuk menang semua perlawanan menentang Vietnam, Thailand, Malaysia dan Indonesia bagi mendapatkan slot ke pusingan ketiga serta Piala Asia 2023.

Hanya juara kumpulan dan tempat kedua terbaik akan layak secara automatik manakala baki pasukan yang lain akan beraksi dalam saingan kelayakan Piala Asia 2023. Kali terakhir UAE layak ke Piala Dunia ialah pada tahun 1990.

Persatuan Bola Sepak UAE (UAE FA) juga sedang merancang untuk membenarkan 30% penyokong masuk ke dalam stadium pada perlawanan kelayakan Piala Dunia bagi memberikan sokongan padu kepada pasukan mereka.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.

Menteri Sukan Maldives ‘Halau’ Bengaluru FC Apabila Pegawai Dan Pemain Gagal Patuhi SOP Gelembung Sukan

Media Jepun Ini Dedahkan Honda Keisuke Terima Tawaran Untuk Beraksi Dengan Pasukan Selangor

Harris Harun Sertai Lion City Sailors Dengan Kontrak Selama 3 Tahun