Perlawanan pertama pengendali baharu Emiriah Arab Bersatu (UAE), Jorge Luis Pinto berakhir dengan kekalahan apabila tewas kepada Uzbekistan dalam satu perlawanan persahabatan.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Rashid Selasa lalu, Luis Pinto menghuni dua pemain naturalisasi iaitu Fabio Lima dan Sebastian Tagliabue dan menurunkan kedua pemain di barisan serangan.

Meskipun diperkuatkan dengan pemain naturalisasi, namun UAE dilihat sedikit bergelut untuk menyaingu Uzbekistan yang tampil dengan lebih baik dimana Shokhruz Norkhonov berjaya menjaringkan dua gol pada separuh masa kedua.

Tagliabue kemudiannya menyumbat gol pertama beliau dimana pemain berusia 35 tahun itu menjaringkan gol tunggal UAE pada minit-minit terakhir permainan.

UAE

Sumber Gambar: UAE NT

Namun, jaringan tersebut tidak cukup bagi memberikan sekurang-kurangnya keputusan seri kepada UAE, sekaligus memberikan kemenangan kepada Uzbekistan.

UAE sedang mempersiapkan pasukan menjelang perlawanan peringkat kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang dijadualkan berlangsung pada tahun hadapan.

Bagi baki perlawanan peringkat kelayakan, UAE akan berdepan Malaysia, Indonesia, Thailand, Vietnam. Aksi menentang Malaysia, Thailand dan Vietnam akan berlangsung di laman sendiri manakala perlawanan menentang Indonesia akan berlangsung di laman lawan.

Baca artikel lain mengenai pasukan kebangsaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) di sini:

Luis Pinto Yakin UAE Layak Ke Piala Dunia 2022, Tekad Jadikan Malaysia Mangsa Yang Pertama

Liga Domestik UAE Terpaksa Ditangguhkan Sekali Lagi

Pemain Naturalisasi UAE Dijangkiti Wabak COVID-19, Tidak Ikut Pasukan Jalani Latihan Di Serbia

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group