Persatuan Bola Sepak Emiriah Arab Bersatu (UAE FA) mengeluarkan satu kenyataan media melalui laman web rasmi persatuan selepas insiden pergaduhan melibatkan skuad Malaysia U23 dan UAE U23 yang berlaku di Stadium Shah Alam semalam.

UAE FA dalam kenyataan itu membuat permohonan maaf kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia atas tindakan pemain mereka yang mencemarkan imej pasukan kebangsaan UAE dan membunuh semangat kesukanan yang tinggi dalam bola sepak.

“Persatuan ingin melahirkan rasa kesal dan mengutuk sekeras-kerasnya insiden pergaduhan yang dipercayai bermula daripada pemain skuad bawah 23 tahun iaitu Mohammed Khalfan Al-Harazi, kerana tidak mengamalkan semangat kesukanan tinggi yang selalu menjadi slogan wajib pasukan kebangsaan dan kelab dalam semua perlawanan dari pelbagai kejohanan antarabangsa.

malaysia u23 uae u23

Dalam kenyataan yang sama UAE FA juga membuat keputusan untuk menyingkirkan pemain yang memakai jersi nombor 8, Mohamed Khalfan Al-Harazi dari skuad bola sepak Sukan Asia serta-merta.

“Berdasarkan laporan awal yang dikemukakan oleh barisan pengurusan skuad bawah 23 tahun, kami telah memutuskan untuk menyingkirkan Mohammed Khalfan Al-Harazi daripada senarai pemain yang akan menyertai Sukan Asia 2018.

2018-08-11_9-28-22

UAE FA juga memberitahu mereka tidak teragak-agak untuk menyerahkan semua laporan yang berkaitan dengan insiden pergaduhan tersebut untuk tindakan lanjut dan akan mengenakan hukuman yang setimpal kerana perkara itu telah menjatuhkan imej bola sepak UAE secara keseluruhannya. Tiada kompromi akan diberikan dan tindakan tegas akan diambil.

Dalam perlawanan semalam, Malaysia U23 dibawah bimbingan Datuk Ong Kim Swee menang 2-0 hasil jaringan Safawi Rasid dan Akhyar Rashid, membenam ego pasukan Timur Tengah itu yang kelihatan memandang rendah kemampuan skuad U23 Malaysia.