Persatuan Bola Sepak (FA) Emiriah Arab Bersatu (UAE) terpaksa melupakan hasrat untuk mendapatkan khidmat jurulatih yang membawa Croatia muncul naib juara temasya Piala Dunia 2018, Zlatko Dalic.

Kontrak Zlatko bersama FA Croatia bakal tamat selepas temasya UEFA EURO 2020. Meskipun saingan tersebut dijadualkan berlangsung pada 2021 kerana pandemik COVID-19, Zlatko tetap dengan keputusan untuk meninggalkan pasukan setelah kontrak beliau tamat.

Zlatko Dalic
Sumber Gambar: Al Bilad

Mengetahui perkara ini, UAE kemudiannya memberi tawaran lumayan kepada Zlatko bagi menjadi ketua jurulatih skuad kebangsaan negara tersebut sekaligus menggantikan Ivan Jovanovic yang ditamatkan kontrak.

Zlatko bukan satu nama yang asing dalam arena bola sepak UAE dimana beliau pernah membimbing Al Ain mara ke perlawanan akhir saingan AFC Champions League pada 2016 lalu.

Akan tetapi, UAE terpaksa melupakan hasrat mereka untuk mendapatkan khidmat jurulatih berusia 53 tahun itu selepas beliau mengubah fikiran untuk terus membimbing Croatia.

Zlatko Dalic
Sumber Gambar: beIn Sports

Selepas berbincang dengan lagenda Croatia, Davor Suker, Zlatko Dalic memutuskan untuk terus menjadi ketua jurulatih sehingga UEFA EURO pada 2021 tamat.

UAE perlu mencari jurulatih lain dengan kadar segera bagi memastikan mereka bersedia untuk mengharungi saingan peringkat kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Baca artikel lain mengenai pasukan kebangsaan UAE di sini:

Rodolfo Arruabarrena Berminat Kendalikan UAE Dalam Kempen Kelayakan Piala Dunia 2022

Juan Antonio Pizzi Disebut-Sebut Sebagai Calon Ketua Jurulatih UAE

Fabio De Lima Sah Jadi Pemain Naturalisasi Ketiga UAE