Persatuan Bola Sepak Emiriyah Arab Bersatu (UAE FA) kini sudah senarai pendek dua calon utama yang akan menggantikan tempat Ivan Jovanovic sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan bagi menghadapi kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Sebelum ini, beberapa nama besar telah dikaitkan dengan jawatan panas tersebut iaitu Zlatko Dalic, Cosmin Olariu dan Zoran Mamic namun mereka semua telah menolak tawaran daripada UAE FA.

Naib Presiden UAE FA dan juga Ketua Jawatankuasa skuad kebangsaan, Yousef Al Sahlawi menjelaskan pihaknya tidak berminat untuk mengambil jurulatih tempatan sekaligus mengetepikan nama Mahdi Ali dan Abdulaziz Al Anbari.

Menurutnya, fokus badan induk itu ialah mengambil jurulatih asing yang mempunyai pengalaman luas dengan bola sepak UAE atau sekitar Asia. Namun disebabkan kelayakan Piala Dunai 2022 ditangguhkan susulan penularan wabak pandemik COVID-19, pencarian mereka kini diperluaskan lagi.

Berdasarkan laporan daripada The National, dua calon jurulatih yang berada dalam pertimbangan UAE FA ialah Juan Antonio Pizzi dan Rodolfo Arruabarrena. Kedua-duanya berasal dari Argentina dan mempunyai pengetahuan luas mengenai bola sepak Asia.

Pizzi pernah mengendalikan skuad kebangsaan Arab Saudi selama 14 bulan sehingga saingan Piala Asia pada tahun lepas. Beliau juga membantu negara itu menamatkan penantian 24 tahun mencatat kemenangan pertama dalam Piala Dunia 2018 dengan menewaskan Mesir.

Sebelum ke Asia, beliau pernah mengendalikan skuad kebangsaan Chile dan membantu mereka menjuarai Copa America pada tahun 2016. Kerjaya jurulatih yang berusia 51 tahun itu ketika sebagai pemain juga cukup hebat apabila pernah meraih pelbagai kejuaraan utama eropah bersama pasukan gergasi, Barcelona dan FC Porto.

Manakalah Arruabarrena mempunyai rekod baik dalam karier jurulatihnya kerana pernah membawa Boca Junior muncul sebagai juara Superliga Argentina pada tahun 2015 dan Copa Argentina pada musim 2014/2015.

AR-190319442
Rodolfo Arruabarrena

Selepas 6 tahun melatih kelab Argentina, beliau berhijrah ke Asia pada tahun 2016 untuk membimbing kelab Qatar, Al Rayyan dan Shabab Al Ahli serta membantu mereka meraih pelbagai kejuaraan antaranya Piala Sheikh Jassim, Piala Presiden UAE dan Liga Pro UAE.

Al Sahlawi juga berkata pihaknya mahu melantik jurulatih untuk jangka masa yang panjang dengan objektif mencapai dua sasaran badan induk itu iaitu layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2022 dan membentuk pasukan mantap menghadapi Piala Dunia 2026.

“Kami mahu menamatkan pencarian jurulatih ini secepat mungkin. Kami akan mengadakan perbincangan dalam masa terdekat untuk menimbangkan beberapa nama yang dicadangkan,” katanya.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan bola sepak UAE yang dilaporkan sebelum ini.

Luiz Felipe Scolari Tolak Tawaran Bimbing Skuad Kebangsaan UAE

Sebastian Tagliabue Teruja Dapat Pasport UAE, Tidak Sabar Buat Penampilan Pertama Bertemu Malaysia

Belum Sempat Bertemu Malaysia, UAE Pecat Jurulatih Buat Kali Kedua