Skuad kebangsaan UAE giat menjalankan persiapan menjelang perlawanan pusingan ke-2 kelayakan Piala Dunia 2022 yang akan bermula pada 5 September nanti.

UAE yang kali terakhir mengadakan perlawanan peringkat antarabangsa 5 bulan lalu bertemu Syria dengan keputusan seri dilihat mendapat kembali tonik selepas kembalinya pemain bintang mereka, Omar Abdulrahman yang tersisih akibat kecederaan.

EDUqk7cVUAAnlay

Pasukan bimbingan Bert van Marwijk itu telah mengadakan 2 perlawanan persahabatan 10 hari menjelang pertemuan dengan Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil dan telah menjaringkan 9 gol dalam kedua-dua perlawanan tersebut.

  • 30 Ogos 2019: UAE telah menentang pasukan Republik Dominican (FIFA Ranking 155) dan telah berjaya menang dengan keputusan 4 gol tanpa balas.
  • 1 September 2019: Skuad UAE bertemu pula dengan pasukan Sri Lanka (FIFA Ranking 200) dan mencatatkan kemenangan 5-1.

Pengurus pasukan tersebut, Ismail Rashid menyifatkan pemilihan dua pasukan itu adalah tepat kerana mereka berada sama taraf dengan Malaysia yang kini berada di ranking 159 dunia.

7fc11fb9d5bf2720c2a50cd0bcb86923

Sebahagian dari pemain UAE ketika menjalani latihan di Bahrain

Skuad UAE telah berada di Bahrain sejak 25 Ogos lalu untuk melakukan persiapan perlawanan pertama mereka bertemu Malaysia dan 28 orang pemain telah dikumpulkan oleh Bert van Marwijk, sebelum berlepas ke Kuala Lumpur pada 4 September 2019.

Baca artikel lain dibawah mengenai persiapan UAE untuk bertemu Malaysia

UAE Umum 27 Pemain Ke Saingan Kelayakan Piala Dunia 2022 Menentang Malaysia

UAE Optimis Harungi Cabaran Kumpulan G

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group