Emiriah Arab Bersatu (UAE) bakal dipilih sebagai tuan rumah aksi kumpulan G kelayakan Piala Dunia 2022 apabila 3 negara iaitu Malaysia, Thailand dan Indonesia telah menyatakan persetujuan untuk dijalakan secara karnival di Dubai pada bulan Jun 2021.

Perkembangan itu disahkan oleh  Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Yusoff Mahadi dalam satu kenyataan di Bernama semalam.

Bagaimanapun, Vietnam selaku pendahulu Kumpulan G merupakan satu-satunya pasukan yang belum memberikan sebarang keputusan.

“Harapan saya supaya AFC dapat bersetuju kerana majoriti pasukan telah menyatakan persetujuan untuk ia ditangguhkan ke bulan Jun, hanya satu (Vietnam) saja belum. Jadi AFC boleh mengambil kira faktor majoriti ini untuk dijadikan panduan dan memandu mereka dalam membuat keputusan,” katanya.

FAM
Sumber Gambar: FAM

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) kini membenarkan penganjuran secara karnival sebagai langkah untuk membendung penularan wabak pandemik COVID-19 yang semakin meningkat di beberapa negara.

UAE lebih berhak diberikan tanggungjawab sebagai tuan rumah mereka memiliki baki perlawanan di gelanggang sendiri lebih banyak berbanding Vietnam.

“Sebelum ini, UAE lebih banyak beraksi sebagai pasukan pelawat dan berdasarkan senario terkini, tiga daripada empat baki perlawanan mereka akan bermain sebagai tuan rumah, jadi sebab itu kita pun setuju kalau bulan Jun karnival diadakan di UAE,” jelas Yusof Mahadi.

Terdapat 3 kriteria utama yang perlu dipatuhi oleh pihak penganjur jika mahu menjadi tuan rumah Kelayakan Piala Dunia 2022.

Kriteria pertama melibatkan sistem penerbangan yang baik termasuk dengan pesawat bagi memudahkan kedatangan pasukan bertanding kerana aksi kelayakan ini tidak boleh diadakan tanpa kemudahan ini.

Kriteria kedua, pihak penganjur perlu memiliki infrastruktur kesihatan yang baik khususnya pada ketika pandemik Covid-19 ketika ini supaya segala protokol mengenai (Covid-19) dapat dilaksanakan.

Kriteria ketiga, tuan rumah perlu berikan jaminan bahawa pemain dan pegawai tak perlu jalani kuarantin kerana kesemua mereka akan melalui proses ketat iaitu hanya tinggal di hotel, ke padang latihan dan ke venue perlawanan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan skuad Harimau Malaya melalui pautan dibawah.

Pemain Harimau Malaya Bakal Diberikan Suntikan Vaksin COVID-19 Sebelum Ke Luar Negara

Kem Latihan Pusat Harimau Malaya Pada Bulan Januari Dibatalkan

Hasrat Kobe Chong Beraksi Bersama Harimau Malaya Tertangguh

Ciri-Ciri Menarik Jersi Terbaru Skuad Harimau Malaya

Kontrak Tan Cheng Hoe Dilanjutkan 2 Tahun Lagi, Terus ‘Pegang’ Harimau Malaya Sehingga Hujung 2022