Skuad kebangsaaan UAE semalam telah mencatat kemenangan besar 5-1 ke atas pasukan ranking FIFA 95 dunia, Jordan pada aksi persahabatan yang berlangsung secara tertutup di Stadium Rashid, Dubai.

Ia merupakan amaran awal kepada semua pasukan dalam kumpulan G menjelang kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang bakal bermula pada awal bulan Jun ini. Ini juga adalah kemenangan besar kedua mereka selepas membelasah India, 6-0 pada bulan Mac lepas.

Ali Mabkhout sekali lagi membuktikan beliau adalah penyerang yang paling berbisa UAE apabila menjaringkan 3 gol (hatrik). Pemain naturalisasi, Caio Canedo dan Khalil Ibrahim masing-masing turut menjaringkan satu gol.

Menurut laporan media, UAE mendominasi perlawanan itu di separuh masa pertama apabila Ali Mabkhout menjaringkan 2 gol kemudian Khalil Ibrahim menambah gol ketiga.

Di separuh masa kedua, Jordan memperolehi gol sagu hati menerusi Al Saifi sebelum Mabkhout dan Canedo menambah derita pelawat dengan menjaringkan gol keempat dan kelima.

Perlawanan ini juga merupakan aksi persahabatan terakhir mereka sebelum menentang skuad Harimau Malaya pada 3 Jun 2021 di Stadium Zabeel.

UAE kini berada di kedudukan keempat kumpulan G dengan 6 mata dan mempunyai kelebihan sebagai tuan rumah. Mereka memerlukan sekurang-kurangnya 9 mata untuk mengesahkan tiket ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2022 dan slot automatik ke Piala Asia 2023.

Pastinya dua kemenangan bergaya dalam perlawanan persahabatan itu akan membuatkan skuad Bert van Marwijk berkeyakinan tinggi untuk menentang Thailand dan Vietnam kerana mereka gagal menewaskan dua pasukan ini pada tahun 2019.

Baca artikel lain mengenai perkembangan pasukan dalam kumpulan G kelayakan Piala Dunia 2022.

Akira Nishino Kecewa Theerathon Bunmathan Enggan Sarung Jersi Skuad Thailand

Tak Ikut Diet Pemakanan Yang Ditetapkan, Shin Tae-yong Pulas Telinga Pemain Indonesia

Kem Vietnam Resah, Seorang Lagi Pemain Cedera Patah Tulang Kaki

UAE Umum 35 Pemain Sertai Kem Latihan Pusat, Omar Abdulrahman Tiada Dalam Senarai