Khas buat peminat bola sepak Malaysia, TV9 bakal menyiarkan perlawanan persahabatan antarabangsa skuad Harimau Malaya dalam rangka persediaan untuk menghadapi Piala AFF Mitsubishi Electric 2022.

Ia bakal dimulakan dengan perlawanan persahabatan diantara Malaysia menentang Kemboja pada pukul 8.45 malam ini dan diikuti dengan satu lagi perlawanan persahabatan bertemu Maldives pada hari rabu minggu hadapan pada waktu yang sama.

Sudah tentu ramai peminat dan penonton tidak sabar melihat aksi-aksi hebat daripada pemain skuad Harimau Malaya seperti Safawi Rasid, Faisal Halim, Brendan Gan, dan Darren Lok.

Malaha, perlawanan ini bakal diserikan dengan kehadiran muka baharu seperti dua pemain naturalisasi, Lee Tuck dan Sergio Aguero serta beberapa pemain tempatan seperti David Rowley, Shamie Iszuan, Aliff Izwan, Fazly Mazlan, Stuart Wilkin dan Norhakim Hassan.

Dua aksi persahabatan ini merupakan medan untuk ketua jurulatih, Kim Pan-gon menjalankan ‘eksperimen’ bagi menilai sama ada pemain baharu benar-benar bersedia ataupun tidak dalam perlawanan kompetitif di pentas antarabangsa.

Seterusnya Kim Pan-gon akan menamakan senarai akhir 23 pemain yang dibawa ke Piala AFF 2022 yang mana bagi kempen Kumpulan B, Malaysia akan bertemu Myanmar di Yangon pada 21 Disember 2022, Laos di Bukit Jalil pada 24 Disember 2022, Vietnam di Hanoi pada 27 Disember 2022 dan Singapura di Bukit Jalil pada 3 Januari 2023.

Ayuh sama-sama kita menyokong skuad Harimau Malaya dengan menonton perlawanan antarabangsa yang disiarkan di TV9. Anda juga boleh menonton menerusi saluran Unifi TV 109, Astro 149 dan strim di tonton!