Musim ini merupakan permulaan musim liga yang sempurna buat PSG. Daripada rekod kemenangan sehinggalah detik kedatangan superstar Lionel Messi.

Sehinggalah pada hari ini mereka diberikan kejutan dan disedarkan oleh Rennes.

Mauricio Pochettino menurunkan kesebelasan impian yang turut sukar dimiliki oleh pemain FUT di alam maya sekalipun.

Messi Mbappe dan Neymar disokong oleh Di Maria berada di atas padang.

Malangnya, PSG tidak dapat memenangi perlawanan ini.

PSG tewas di tangan Rennes dengan cara penuh carca merba dan tidak terurus. Serangan mereka gagal melakukan sebarang percubaan tepat ke gawang Rennes.

Rennes menjaringkan gol pembukaan pada lewat separuh masa. Gol tersebut adalah menerusi Gaetan Laborde.

PSG penuh semangat masuk semula ke padang pada separuh masa kedua. Namun baru seminit aksi, mereka sudah dibolosi lagi dengan gol kedua Flavien Tait.

Lionel Messi dan Kylian Mbappe masing-masing mempunyai peluang pada babak pertama, namun tak ada satu pun tepat.

Sepakan percuma Messi juga turut menerjah palang gol pada separuh masa pertama.

Kekalahan ini adalah yang pertama dialami PSG selepas 15 aksi liga terakhir. Manakala Rennes yang gagal menang dalam lima perlawanan terakhir mereka sebelum ini, berjaya menamatkan rekod buruk itu dengan kemenangan berdepan pasukan pilihan juara.

Messi merasai kekalahan pertama beliau bersama dengan PSG.