Pasukan juara dunia wanita Amerika Syarikat (AS) berikrar akan terus berjuang dalam menuntuk hak kesamarataan dari segi gaji dengan pemain bola sepak lelaki.

Ini selepas hakim persekutuan AS – R. Gary Klausner menolak tuntutan tersebut semalam.

Gary Klausner menyatakan tuntutan itu tidak munasabah kerana persekitaran kerja kedua dua pasukan adalah berbeza.

Klausner juga menyatakan mereka tidak cukup hujah konkrit untuk menyokong idea meminta gaji yang sama rata.

Kontrak para pemain lelaki adalah berbeza dengan kontrak para pemain wanita kerana banyak bonus itu hadir daripada penaja dan hak penyiaran.

https://twitter.com/FutbolBible/status/1256632716403105795

Keuntungan yang diperolehi oleh liga kompetitif adalah berbeza.

Salah satu daripada alasan pasukan wanita AS (USWNT) adalah, pasukan wanita lebih bagus daripada lelaki dari segi pencapaian di arena antarabangsa.

Ini termasuk menjadi juara dunia beberapa kali dan ketika ini merupakan juara bertahan Piala Dunia Wanita FIFA.

Hakim tidak menafikan rakyat AS kagum dan bangga dengan apa yang telah dilakukan oleh pasukan wanita. Namun itu bukan alasan untuk memberikan gaji sama rata dengan lelaki.

Jurucakap kepada kempen equal pay – Molly Levinson – menyatakan beliau terkejut dan kecewa dengan penjurian di mahkamah tersebut.

Beliau berkata: “Kami terkejut dan kecewa dengan keputusan hakim pada hari ini. Namun kami tak akan berputus asa dan bekerja lebih keras untuk mendapatkan hak dibayar sama rata.”

Megan Rapinoe turut menyuarakan perkara yang sama: “Kami tak akan berhenti melawan untuk mendapatkan KESAMARATAAN.”

Levinson sudah berikrar akan membawa kes ini ke mahkamah rayuan.

Baca juga perkembangan bola sepak yang lain

‘Hanya Satu Kekalahan Yang Membuatkan Saya Menangis’

EPL Rancang Kembali 12 Jun Dengan Beraksi Di 8-10 Stadium

RASMI: PSG Dinobat Juara Ligue 1