Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Kisah tentang tunggakan bayaran gaji pasukan Sarawak United memang menjadi bualan dalam komuniti bola sepak tempatan ketika ini sehingga mendapat perhatian dari CEO PFAM sendiri semalam.

Melalui satu artikel yang diterbitkan oleh laman Berita Harian semalam, Presiden Sarawak United, Dato’ Posa Majais menjelaskan bahawa sudah ada 6 cek dikeluarkan dan akan menyelesaikan ‘barah’ ini sebelum saingan Piala Malaysia nanti.

“Kelmarin saya sudah selesaikan enam cek. Kita juga sudah selesaikan untuk mereka yang bergaji kecil. Apa yang pasti kita akan cuba selesaikan tunggakan itu sebelum bermulanya perlawanan Piala Malaysia nanti.

“Kita juga sudah selesaikan tunggakan gaji pemain import semalam (kelmarin), jadi hanya tinggal sebulan setengah lagi. Bagaimana kes ini akan dibawa ke FIFA? Kita juga berikan wang pendahuluan kepada pemain.

“Tunggakan baru dua bulan setengah tetapi riuh sekampung sedangkan ada pasukan lain yang tertunggak lebih lama. Pemain yang lama dengan saya akan faham situasi seperti ini.

“Kenapa dengki sangat dengan Sarawak United? Kalau mahu jatuhkan Sarawak United dengan cara kotor, buruk padahnya nanti,” katanya.

Berdasarkan kemaskini laman sosial Instagram Lim Chan Yew semalam (seperti gambar diatas), ia boleh ditafsirkan seperti hanya 1 bulan sahaja gaji yang telah dibayar dari 3.5 bulan tunggakan.

Ini bermakna tunggakan masih berbaki sebanyak 2.5 bulan.

Dari kemaskini itu juga, berkemungkinan sekadar untuk menutup mulut dari ‘bising’ di media sosial dan perkara itu dilihat seperti tidak dipersetujui.

Dalam artikel Berita Harian itu juga, Dato Posa Majais ada menyatakan bahawa kelab tidak mampu menjana pendapatan kerana tiada penonton dibenarkan untuk masuk stadium.

“Sepanjang tempoh COVID-19, semua pasukan tidak mampu menjana kewangan daripada jualan tiket kepada penonton. Tetapi kita sentiasa mencuba sebaik mungkin untuk menyelesaikan tunggakan ini,” katanya.

Setiap tahun, liga bola sepak Malaysia tidak mampu untuk lari dari masalah tunggakan pembayaran gaji pemain dan pegawai, namun kita semua pasti pernah melihat individu atau entiti yang sama masih dibenarkan terlibat pada musim seterusnya.

Apa sebenarnya yang berlaku? Apakah ada manipulasi ‘timing’ terhadap peraturan yang ditetapkan oleh MFL? Mungkin pihak MFL perlu menjelaskan mengenai perkara ini dan adalah mustahil mereka tidak tahu.

Baca juga artikel-artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.

Gaji Naik 160% Serta Peluang Merebut Tempat Ke AFC Cup Ditolak Mentah-Mentah Oleh Pemain Liga Premier

Kelab Odisha FC Dedahkan Kasut Liridon Krasniqi Yang Penuh Bergaya

Kelayakan Akhir Piala Asia 2023 Diadakan Secara ‘Karnival’ Berpusat Dan Perlawanan ‘Single Round Robin’